Friday, December 13

Berubah


-Bismillahirrahmanirrahim-
Cinta ? Apa itu cinta ? Adakah korang tahu maksud cinta sebenar ? Aku tak tahu maksud cinta tapi aku faham apa itu cinta . Ia sebuah perasaan yang indah terhadap seseorang . Tapi mengapa zaman sekarang ramai yang mudah untuk melafazkan kata cinta dekat ramai orang . Mungkin aku pernah buat begitu tetapi kini tidak lagi . Aku tak tahu kenapa tapi perasaan yang ada dalam hati aku hanya sayang dan cinta kepada keluarga aku . Aku tidak mencintai orang lain . Dulu mungkin ada tetapi sekarang perasaan itu beransur-ansur hilang dari diri aku . Adakah kerana aku sudah penat dengan cinta zaman remaja ni ? Aku seakan-akan merasakan aku sudah membuangkan masa aku kepada cinta yang belum tentu kekal . Sekarang aku tidak lagi ingin bercinta . Mungkin sudah tiba masanya aku serius dengan masa depan aku . Sudah cukup bermain cinta sehinggakan membazir segalanya demi cinta yang tak kekal . Mulai hari ini ,masa ini ,saat ini ,aku tidak lagi mahu bercinta . Aku akan mulakan hidup baru dengan kawan sahaja . Lebih baik berkawan daripada bercinta zaman remaja ni kan . Bila tiba masanya ,DIA akan membuka pintu hatiku untuk seseorang yang betul-betul sesuai untuk aku . Amin :')

Thursday, November 28

SPM Sudah Tamat


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum kawan sekalian . Alhamdulillah ,kertas terakhir peperiksaan SPM sudah pun melabuhkan tirainya . Kini aku sudah bebas dari zaman pemerintahan guru disiplin . Kini sudah tiba masanya aku dititah oleh boss atau cikgu di kolej pula . Tetapi ,bukan sekarang masanya . Sekarang aku mengambil masa sebulan untuk rilex dan ambil lesen kereta . Supaya senang nanti untuk kerja atau sambung belajar . Aku dah fikir dah yang aku akan sambung belajar dekat Kuala Lumpur je . Tak mahulah pergi jauh-jauh . Kuala Lumpur ni banyak kolej yang ada aliran yang aku suka . So tak perlulah nak gunakan istilah merantau ke tempat orang . Nanti menyusahkan je . Mana tak nya ,aku dari kecil hidup dijaga oleh ibu dan ayah . Aku anak tunggal . So pergi kem sekali pun tak pernah . So tak ada pengalaman nak berdikari sendiri . Jadi ,aku dah buat keputusan aku nak sambung belajar dekat dengan tempat tinggal aku je . By the way ,sebelum aku terlupa . Aku ada gambar nak share dengan korang . Gambar tadi masa habis menjawab soalan peperiksaan SPM Geografi . Tak sangka aku dah habis sekolah dan alhamdulillah aku berjaya menempuhi zaman persekolahan aku dengan jayanya .

Nampak gadis yang memakai cermin mata besar tu ? Dialah kawan baik aku . Nama dia Aminatul Kuswa Binti Anas . Dia satu kelas dengan aku . Aku selalu dengan dia . Kemana ada aku ,mesti ada dia . Kadang-kadang kami berdua dan kadang-kadang kami bertiga . Ada lagi seorang kawan aku . Namanya Jasmin Binti Johan . Alah ,kawan aku Min tu aku dah selalu ceritakan dekat korang ,cuma pasal Mina je aku tak pernah ceritakan sangat sebab Mina ni kawan baru aku tahun ni . Walaupun baru tapi macam dah lama kenal dia . Aku dan dia mengenali keluarga masing-masing . Baru-baru ni dia dapat adik baru yang di beri nama Putera Indara Julinas . Sedapkan nama adik baru dia ? Sekarag bertambahlah keluarga angkat aku tu . Seronok betul aku . Apa-apa pun doakan hubungan kami kekal hingga ke jannah ye . Aminn ...

Wednesday, November 27

Zaman Persekolahan


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum teman . Kita semua ada kawankan . Tak kira usia atau jantina ,semua kita berkawan . Jadi aku pun ada kawan . Aku bercakap pasal kawan ni sebab esok hari terakhir aku akan menjadi seorang pelajar . Esok hari terakhir peperiksaan SPM . Jadi itu bermakna hari terakhir aku di sekolah . Aku sangat gembira kerana sudah menamatkan sesi pembelajaran aku di sekolah SMK Bandar Baru Ampang . Sejak aku dari tingkatan satu ,aku bersekolah di SMK Taman Kosas tetapi dengan sebab tertentu aku pindah ke SMK Bandar Baru Ampang . Banyak yang telah aku lalui semasa aku menjadi pelajar sekolah . Musuh ,cinta monyet dan pelbagai lagi . Malangnya ada sedikit perasaan sedih dan sebak kerana sudah menamatkan zaman persekolah aku . Sungguh indah kenangan dibangku persekolahan . Kenangan yang tidak boleh kita lupakan sepanjang hidup kita . Menjadi remaja . Aku akan rindukan cikgu-cikgu yang berleter kerana kenakalan aku ,aku rindukan tandas sekolah yang menjadi tempat aku menyiapkan diri dan aku akan rindukan teman-teman aku yang selalu menggembirakan aku walaupun sekali .
Ketika aku ditingkatan tiga ...




Ketika aku ditingkatan empat ...



Ketika aku ditingkatan lima ,tahun terakhirku ...












Inilah kenangan yang aku boleh kongsi bersama pembaca blog ini . Sangat seronok kita dibangku persekolahan . Tiada apa yang perlu difikirkan tentang dunia luar . Dan kini aku sudah bersedia hidup di dunia luar yang penuh kehidupan yang berliku . Akhir kata dari aku ,zaman persekolahan bukan zaman yang mebosankan tetapi zaman kanak-kanak yang sangat menceriakan .
Luahan hati rindu Rosfatin Izati Binti Roshisham :')


Tuesday, October 8

White Coffee


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum geng . Tenang sungguh petang ni tanpa apa-apa bunyi yang menyakitkan telinga . Mungkin semua sebuk tidur petang sebab letih macam apa yang baru aku buat . Sedap tidur tadi tertiba ada mimpi singgah . Mimpi seseorang yang selalu ada dengan aku selama ni . Rindukan dia kot ,hahahah . Bila mimpikan dia baru aku sedar yang aku tak pernah post cerita pasal kehadiran dia dalam hidup aku . Dia ialah seorang yang sangat istimewa buat aku sekarang kerana dia selalu ada bersama dengan aku .

Aku tak boleh mention nama dia dekat sini sebab taknak sesiapa mengenali dirinya . Aku hanya boleh bagi nama samaran yang aku selalu buat . Aku gelarkan dia dalam post ,White Coffee . Sebab apa aku gelarkan dia White Coffee ,sebab dia hitam manis orangnya dan aku pula putih ,belagak tak aku ,hahahahah . So sebab itulah aku gelarkan dia sebagai White Coffee . White Coffee seorang abang kepada kawan baik aku disekolah lama aku dulu ,SMK Taman Kosas . Aku kenal White Coffee pun sebab kawan aku disekolah lama pernah ada hubungan bersamanya . Jadi ,kemana saja kawan aku pergi ,dia akan ceritakan tentang White Coffee . White Coffee juga pernah menjadi ex-student SMK Taman Kosas tetapi dia senior aku ,so aku tak berapa kenal dia . Tetapi ,kami menjadi semakin rapat selepas kami berjumpa semula dimajlis Hari Jadi kawan baru aku yang ke 16 . Pada mulanya aku nampak dia dan adiknya ,kawan aku dari jauh dan mula aku sedari bahawa dialah White Coffee yang pernah aku kenal dulu . Semenjak dari itu kami menjadi semakin rapat apabila dia mula spam account Facebook aku . Habis semua post aku dia like ,dan sejak dari situ bermulanya cerita kami . Dia mula mendapatkan ID Wechat aku dari adiknya dan mula berchatting . Hari demi hari ,kami mula menjadi teman sehinggakan perasaan sayang sudah mula timbul dalam perasaan aku .

Dia seorangnya ceria dan spoting walaupun pada awal perkenalan kami dia sangat pemalu orangnya . Nak minta nombor telephone pun mengambil masa yang lama untuk dia luahkan hasrat hatinya . Tetapi selepas dia mengenali Rosfatin Izati ,malunya mula kurang dan sekarang menjadi seorang yang baru . Dia sangat baik ,dan hormat akan keputusan apa yang aku buat walaupun dia rasa keputusan yang aku buat tu salah . Dia juga seorang yang sangat sayang dan bertanggungjawap atas keluarganya . Oleh sebab sikapnya yang sayang akan keluarganya ,aku sangat senang apabila bersamanya . Dia sering menceritakan tentang keluarganya kepada aku . Aku juga seorang yang sayang akan keluarga ,so aku faham jika seseorang menghina keluarga aku seperti mana yang dihadapi olehnya . Aku kgum dengan apa yang ada pada dirinya . Sekarang tidak ramai yang boleh kita dapat lihat ,seorang lelaki yang sangat bertanggungjawap atas adik-adik dan ibunya . Aku bangga mengenali dirinya . Kadang-kala kami bergaduh juga kerana manusia selalu buat silap . Tetapi kami selesaikan masalah kami sehingga menjadi seperti biasa semula . Walaupun kami berbeza umur ,tetapi banyak sungguh bersamaan antara aku dan dia .

Aku harap hubungan kami tak akan berakhir kerana dia salah seorang yang terpenting dalam hidup aku selain keluarga aku . Aku selalu perlukan nasihat seorang abang ,kawan dan kekasih darinya . Dia yang digelar White Coffee :')

Saturday, October 5

Weird Thing In 5Delima


 -Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum geng ! Long time no post ! Apa celup ? Eh ,asal gengster semacam je aku ni ? Hahah ,ni semua pengaruh cerita-cerita gengster zaman sekarang yang ditayangkan . Semua remaja-remaja sekarang jadi tepengaruh dengan gaya dan cara percakapan watak yang dimaikan dalam ceerita tersebut . Rosak rosak . Apa-apa pun aku harini bukan itu yang aku nak cerita . Ini tak ada kene-mengena dengan gejala sosial ke apa ke . Ni pasal relation . Serius babe ,aku tak sangka dalam waktu yang dekat-dekat nak SPM ni ,macam-macam aku nampak dalam kelas aku .

Orang makin nak dekat dengan ujian besar contohnya SPM ,bermaaf-maafan supaya hati tenang untuk melakukan sesuatu tapi apa yang aku nampak dekat dalam kelas aku ,5Delima lain pula . Pada awalnya aku yang dipalau ,yang menjadi sempadan antara semua budak-budak lain kerana ramai yang tak hingin berkenalan dengan aku . Tapi sekarang terbalik . Aku ramai kawan dan semua menjadi lebih baik . Yang paling penting ,orang yang tak suka ataupun yang benci aku menjadikan aku sebagai teman bercerita tentang masalah . Dan aku merasakan sesuatu dalam beberapa bulan ni ,aku lihat dalam kelas aku ada banyak kelompok . Contohnya dulu semua lelaki bersatu dan perempuan mungkin ada 2 kelompok tetapi sekarang lain . Lelaki pun sudah ada kelompok masing-masing ,perempuan bertambah cawangan kelompok baru . Cuma aku dan kawan aku Ami saja yang boleh masuk kedalam semua kelompok tu . Aku macam biasa suka mengambil tahu atau kata lain ,busybody tentang keadaan yang sebegini pelik dalam kelas aku . Aku tanya semua orang tetapi jawapan yang diberikan semuanya hampir sama ,sebab kawan makan kawan . Oh tidak . Apa yang akan jadi kalau aku sebagai manusia prihatin membiarkan masalah ini berterusan ? Adakah aku pun akan menjadi mangsa kepalauan lagi ? Oh tidak tidak tidak !


Aku rasa mungkin semua akan baik sebelum menjelang SPM . Seminggu sebelum SPM ,akan ada Majlis Restu Ilmu dan time tu akan ada maaf bermaafan . So aku harap masa tu semua akan berbaik semula . Aku nak tengok kelas 5Delima menjadi the best students of the years ! Hahahah ,cita-cita aku sangat tinggi untuk jadi tahap macam tu . Apa pun cita-cita tu penting untuk menuju kejayaan .


Wednesday, October 2


-Bismillahirrahmanirrahin-
Assalamualaikum ya habibi :D Ini hari ana mau kongsi ini satu ceritalah .
Mengada pula guna dialek arab ni . Okey ,harini aku nak sembang pasal kawan .
Kawan tak semestinya perlu ramai . Dua orang pun sudah cukup untuk dijadikan kawan . Jadi aku ada empat orang kawan baik yang faham aku . Ada lagi yang lain tapi mereka berlima ni saja yang faham aku dan yang tak pernah bosan dengan perangai kebudak-budakan aku . Disini aku nak kenalkan empat sahabat segila aku .

Yang pertama namanya Jasmin bt. Johan dan dikenali sebagai Min . Aku dengan Min kenal dari aku baru masuk sekolah baru ,SMK Bandar Baru Ampang . Dia anak bongsu dalam tida orang adik-beradik . Seorang yang manis ,peramah ,ayu dan tak pernah merungut apa yang orang buat terhadap dia . Dia orang pertama yang tegur aku masa aku baru menjejakkan kaki ke SMK Bandar Baru Ampang . Dia seorang je kawan aku yang tahan lama dengan aku :D

Sahabat kedua ialah Aminatul Kuswa bt. Anas . Ramai yang panggil dia Mina dan dia akak kepada tiga orang adik yang sekarang masuk keenam adiknya . Dia bermata empat dan cermin mata dia selalu menjadi bahan gelak kepada semua yang memandang tetapi bagi aku cermin mata dia sangat comel untuk dia sebab dia lebih selesa dengan penglihatan yang terang tanpa halangan . Dia seorang yang permanah SANGAT dan kadang-kadang gila yang melampau sampai tak ada sifat malu :D

Kawan aku yang ketiga dan keempat aku ceritakan sekali sebab mereka tiada perbezaan . Sama-sama comel dan sama-sama bam bam . Suhailah bt. Safie dan Saidatul Nasihah bt. Zamberi nama diberi . Suhailah dikenali sebagai Sue dan Nasihah sebagai Apple . Mereka selalu ada bila aku perlukan orang untuk gembirakan hari aku yang suram . Kadang-kadang menjadi bahan untuk aku gelakkan mereka kerana sifat lawak tak bertempat mereka dikhalayak ramai .

Walaupun kami ramai musuh tapi kami tetap dengan pendirian kami untuk jadi diri sendiri . Tak ada penting apa kata orang kerana kami tahu siapa yang betul dan siapa yang salah .

Semoga hubungan kami kekal selamanya hingga Jannah :)
Amin ~



Friday, September 20

Fake Account Facebook Is Killing Me !


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum geng ! How the beautiful day .
Okey ,aku nak tanya korang tahu tak sekarang dah ramai yang salah gunakan laman sosial ?
Dah banyak kali aku jumpa orang-orang yang fake dekat Facebook dan Twitter . Termasuk aku pun terkena . Apakah yang berlaku sekarang ini ? Korang tahu tak mengambil gambar orang lain dan menyiarkannya dilaman sosial adalah salah dari segi undang-undang penggunaan laman sosial . Tak kesahlah korang nak pakai nama orang lain tapi takkan sampai gambar tuan punya nama pun korang nak jadikan Default Picture Facebook and Twitter korang ? Ni sudah lebih geng !

Aku yang tak ada kena-menyena dalam ini kes pun menjadi marah sebab ada dua account Facebook yang menggunakan nama dan gambar aku ! Dahlah nama aku dieja dengan salah ,picture aku pula dijadikan profile picture . Nak matilah dorang ni . Orang yang macam mereka ni tak boleh hidup lama tau ! Aku pernah cuba add fake account tu and pernah di accept as friend tapi selepas beberapa jam dia unfriend aku . Dan yang paling bengang ,dia tukar gambar baru aku yang lain ! Geramnya !
Dalam waktu terdekat ni aku try cari munawe yang guna fake account tu tapi tak jumpa . Maybe dia block account aku . Okey fine tapi aku akan cari orang tu sampai dapat . Sampai lobang kubur aku cari dia :D

Apa-apa pun if korang ada jumpa account Facebook atau Twitter yang bukan korang punya tapi gunakan nama atau gambar korang ,korang ambillah tindakan awal . Takut-takut mereka gunakan nama korang untuk sesuatu perkara yang salah disisi undang-undang . Aku sebagai manusia prihatin dan sebagai pengguna laman sosial yang bijak menasihati korang yang belum pernah kena dalam situasi sebegini .
Pesanan ikhlas dari aku ,Rosfatin Izati Roshisham :)


Friday, August 16

Celamat Hali Laya Maaa :D


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia readers sekalian . Sebelum apa-apa aku nak minta maaf sebab dah lama tak update blog aku ni . Ya Allah ,dah bersawang blog aku ni . Aku teringat nak update ni pun sebab ada seorang hamba Allah yang bertanya . heheheh ,maaflah ye .
Oh ,sebelum terlupa , SELAMAT HARI RAYA GENG :) Tak sangka dah beraya dah kita ye . Korang beraya dekat mana tahun ni ?
Aku macam biasa dekat Perak . Dah itu je kampung aku :D

Okeylah ,aku tak ada cerita menarik pun kali ni tapi adalah cerita yang nak aku kongsikn dekat korang .
Pasal raya aku tahun ni . Aku sangkakan raya tahun ni tak menarik sebab kehilangan ramai orang yang aku sayang tapi sangkaan aku salah sama sekali . Aku punya raya tahun ni paling meriah sebab dapat banyak duit raya and dapat spendtime dengan semua orang yang lama aku tak jumpa . Termasuk le cousin yang pernah aku cerita dulu . Raya pertama dia datang rumah opah . Wah ! Terperanjat beruk aku sebab dia punya family pun tema turqouise tahun ni . Mak aii ! Sama pula dengan aku . Tapi tak bestlah ,tak dapat nak borak dengan dia sebab kakak saudara aku yang sebuk berborak dengan dia . Melepas aku nak kenakan cousin pemalu aku ni :D

Bila aku balik KL ,aku tidak keseorangan saja . Cousin aku yang bernama Farah Hanim pun follow sekali sebab aku paksa dia follow . Bukan apa ,tak adalah bosan aku dekat KL kan :P Tapi tak lama pun dia dekat sini . Esok dia dah kena balik dah . So sad :( Baru dapat rasa ada adik-beradik ,tapi tak dapat rasa lama-lama . Tapi aku kena faham ,Isnin dah start sekolah . Aku pula belum trial untuk SPM lagi . So kena prepare untuk SPM ni . Aduh ,SPM pula buat kacau dengan aku . Doakan aku dapat keputusan yang bagus dalam SPM ye . Doa korang amat aku perlukan :)

Friday, May 17

Love Quotes


 -Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca . Aku ada bekalkan korang ayat-ayat cinta atau lebih dikenali sebagai ayat JIWANG . So selamat membaca .

  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga,derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. 

  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu.Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

  • Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.Jika tidak,kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

  • Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum,sambil berkata:aku turut bahagia untukmu.

  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

  • Jika kita mencintai seseorang,kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

  • Perasaan cinta itu dimulai dari mata,sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga.Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia,lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

  • Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat.

Dear Senior :)


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca sekalian . Harini aku happy gila sampai lupa yang aku ni tak makan dari semalam . Nak tahu sebab apa aku happy tahap dewa ni ? Haa ,meh sini akak ceritakan okey ,hahahaha . Aku harap korang tak keberatan nak baca post aku yang panjang berjela okey .

Semalam ,satu hari suntuk aku jadi kaku dan jadi patung sebab terlalu bosan duduk rumah tanpa berbuat apa-apa . Aku pun online lah aku punya Wechat dan aku terkejut . Ada satu nama yang agak familiar aku dengar dan gambar pun macam aku pernah kenal . Aku pun gatal tangan pergi click tuan punya profile . Terus terlepas phone aku dari tangan sebab terlalu terkejut . Kawan lama datang kembali . Sebenarnya dia senior aku tahun lepas then nama dia Firdaos . Orang panggil dia Os sebab lebih senang dan ringkas . Aku pun ambil phone dan tengok semula . Betul ke apa yang aku nampak tadi ? Memang betul malah dia yang 'add' aku ,jadi aku pun approved lah . Ya Allah ,betapa aku rindukan dia . Dulu dia selalu buli aku sebab aku junior dia . Kitorang mula rapat melalui Facebook dan kitorang pun dah jadi macam kawan tapi sebenarnya jumpa depan-depan pun tak bertegur sapa . Yelah ,malulah nak tegur senior ,hahahaha . Lepas dia SPM ,terus aku tak dengar khabar berita tentang dia . Terus lost contact . Lagipun kitorang cuma contact melalui Facebook je so aku pun dah jarang online . Biasalah ,Facebook ni dah makin mengarut . Tapi dengan kuasa Allah ,kitorang bertemu dekat Wechat . Ya Allah ,dengan sungguh tidak percaya ,dalam beberapa minit lepas aku approved dia terus dia chat dengan aku . Eh ,dia memang online ke ? Heheheh ,bolehlah chat dengan dia sekarang . Aku ingat nak chat dengan dia dalam beberapa minit je untuk tanya khabar tapi tak sangka sampai ke malam kami ber-chatting . Hahaha ,seronok dapat chat dengan kawan lama . Haa ,aku ada picture dia tapi sorry guys ,tak boleh tengok muka dia . Sebab muka dia terlalu handsome . Gila tak handsome ! MatSalleh Celop tu !!!

Opss ,lupa nak bagi tahu . Dia ni budak skate dan dia gilakan skate berbanding mencari AWEKSSS . So jangan berharaplah korang nak gedik-gedik dengan dia . Dia lebih sayangkan papan deck dia berbanding sayang perempuan . Tapi dia bukan GAY okey ! Dia putih tapi kurus kering . Dah macam tak ada isi dah . Tapi bila makan macam melantak ! Hahahaha ,sorry babe kutuk kau kejap . Okey ,aku dengan dia sekarang dah makin rapat . Nak tahu sebab apa ? Dia dah macam boyfriend aku sebab selalu bersama tapi kitorang masih single okey ~ Dia ni jenis yang tak banyak cakap . Dia selalu ganggu emosi aku dengan menceritakan pasal ex-boyfriend aku yang asal Melaka tu . Dia memang suka cari pasal . Bila aku tak reply chat dia ,tahu pun dia nak merajok tahap dewa . Hesy ,kau ni memang peliklah kepeng . Nasib kau senior aku ,kalau tak aku bunuh kau sebelum kau ambil SPM dulu ,hahahah . If korang nak kenal dengan dia dengan lebih lanjut ,just asking me and aku akan cerita dengan lebih terperinci . Wah ! Dah macam enjensi mencari jodoh je aku ni ,hahahahaha . Okeylah ,aku nak sambung berchatting dengan mamat ni sampai muntah . Buboiii ~

-Syukron jazilan-

Tuesday, May 14

Le Cousin II


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua hamba-hamba ciptaan-Nya .
Sudah makankah kalian semua ? Ni mesti ada yang belum kan ? Macam mana nak makan kalau dah menghadap screan tu 24jam tanpa henti . Cuba stop and pergi jamah makanan sikit . Tak adalah masuk angin perut tu nanti . Apa pun harini  aku nak sambung kisah pasal sepupu aku yang ajak aku keluar tu . Ingat lagi ke korang ? Kalau tak ingat boleh tengok older posts aku . Cerita pasal dia tu . So inilah sambungannya . Opss ! Sebelum terlupa ! Aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki sebab dah lama tak update sebab terlalu sibuk dengan exam ni . So ampun ye ..

Okey ,ceritanya bersambung begini . Pada hari tu ,dia ajak aku untuk teman dia beli barang-barang keperluan dia dekat asrama . So korang rasa-rasa aku pergi ke ? Hahahah ,aku pergi sebab ibu dan ayah aku suruh temankan dia . Wow ,pelik sungguh perbuatan ayah aku yang sangat straight tu . Kali ni dia boleh bagi aku keluar berdua saja dengan lelaki . Hebat permainan dia ,hahahaha . Apa pun aku bersyukur sangat dengan tindakan ayah aku tu . Dalam pukul 11 kitorang janji nak jumpa dekat Sogo tapi disebabkan kegedikan aku yang mandi slow ,pakai pakaian slow and semuanya slow mengakibatkan pukul 12 tengahari aku baru sampai dekat LRT . Wow ,masa dekat dalam LRT aku tak rasa apa-apa pun tapi bila sampai je station Hang Tuah ,aku dah start menggeletar lutut . Dada aku yang ingin melompat saat tu aku tahan sebab ramai orang dalam LRT time tu . Sampai je station Bandaraya aku dah panik . Apa ayat pertama yang aku nak cakap dengan dia . Biasalah kitorang nama je cousin tapi balik je kampung langsung tak bertegur sapa . So bila nak berjumpa berdua ni buat aku malu dan segan tahap maximum . Korang nak tahu siapa yang nampak siapa dulu ? AKULAH ! Aku yang nampak dia dulu dan itu yang menyusahkan aku . Kalau dia nampak dulu bolehlah dia yang tegur aku dulu . Tapi nak buat macam mana sebab masa tu dia sibuk pandang ke arah lain . Termenung agaknya . Aku pun menahan pipi yang sudah memerah tu dan tegur dia dengan selamba . Dia pusing je belakang aku tekejut sakan sebab aku tak dapat nak tahan cara dia pandang aku dengan penuh hormat tu . Ya Allah ! Masa tu dalam hati aku ni berkocak-kocak tanpa henti . Muka yang mula memerah tu aku tak tunjukkan dekat dia . Aku hanya menundukkan kepala .

 Kami mula berjalan ke arah Sogo dan aku terdengar ayat yang keluar dari mulut dia yang membuatan aku geram dan rasa nak baling dia ,"Atin dah tembamlah" . Ayat tu betul-betul makan dalam dan tak boleh tidur malam kalau teringat ! Nasib cousin ,kalau kawan dah makan tumit dah dia tu . Aku hanya buat tak tahu dengan apa yang dia cakap . Aku perasan ada sebuah beg kotak yang besar yang di bawa oleh dia . Rupanya dia dah beli apa yang dia nak . Then kenapa dia nak ajak aku juga kalau memang dia dah beli semua tu ? Hesy dia ni ,aku betul-betul tak faham . Selepas kita orang meronda dalam bangunan Sogo tu ,kita dah setuju nak pergi makan dekat Masjid Jamek . Nak makan pun nak pergi jauh-jauk ke ? Erk ! Kami singgah dekat Macdonal yang dekat-dekat dengan station LRT Masjid Jamek . Dia belanja aku burger tapi sayang aku tak tahu apa nama dia ,hahaha . Kalau aku tahu tentu aku dah selalu order . Dalam beberapa minit lepas kami makan ,kami singgah sekejap dekat pasar pagi belakang Macd tu . Aku memang dah lama nak cari kasut heels ,so alang-alang aku beli je dekat sana . Lagipun murah semua barang dekat sana dan cantik-cantik semuanya . Aku cari heels ,tapi bila aku tengok belakang aku ,aku tak nampak dia ! Eh ,mana pula mamat ni ? Takkan dia dah tinggalkan aku dekat sini ? Hurm ,sampai hati dia tinggalkan aku tanpa bagi tahu aku . Lepas aku bayar ,aku keluar dari tapak kedai tu . Aku berjalan tak sampai 4tapak ,aku dah nampak kelibat dia . Rupanya dia ada dekat kedai sebelah . Lah ,mamat ni dia pergi belanja juga ke ? Hesy ,risau je aku . Wah ,taste dia boleh tahan . Baju T yang berkolar tu memang cantik . Ingatkan cousin skema aku ni tak pandai bergaya ,hahahah . Selepas kia orang berbelanja dekat Masjid Jamek ,kita orang pun teruskan perjalanan pergi TimeSquare . Saja jalan-jalan habiskan masa . Lepas tu terus kami balik . 

Sangat seronok hari tu . Hanya Tuhan saja yang tahu bertapa gembira dan PENATNYA HAMBA-Nya . Apa pun ,aku akan rindukan saat ini dan tak akan terpadam sampai mati :)

Friday, April 19

Le Cousin ♥


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua . Semua sihat ? Mudah-mudahan semua sihat belaka .
Harini hari yang paling menggembirakan aku . Bukan sebab aku dapat hadiah atau jalan-jalan ,tapi sebab cousin aku . Nak tahu apa yang gembira sangat pasal cousin aku ni ? Korang mestilah nak tahukan . Kalau tak buat apa korang baca .

Korang tahukan aku dengan Coconut Tree dah menjadi kenangan je ? Korang tak tahu !? OMG ! Korang ni jahatlah . Aku dah cerita dah dekat post yang lain . Tak apa ,nanti korang baca okey . Dalam beberapa hari yang kekosongan bagi aku ,tiba-tiba phone aku berbunyi pada waktu selepas solat maghrib . Aku tak tengok siapa yang mesej sebab aku rasa mesej tu tak penting sebab ibu dan ayah sudah berada dirumah . Bagi aku mesej yang penting tu dari mereka tapi itu sekarang . Dulu ada lagi seorang hamba Allah yang aku rasakan dia penting dalam hidup aku . Okey back to the story ,dalam beberapa minit kemudian barulah aku tengok mesej tu . Aku agak terkejut dengan nak pengirimnya . Nombor tu memang aku ada save so aku agak terkejut bila tengok nama pengirim yang tertera di screen handphone aku . Cousin aku yang dulunya tinggal di Perak sebab di besarkan di Perak tapi sekarang dia tinggal di Cheras sebab belajar dekat sekolah teknik . Aku pun bacalah isi mesej tu . Yang ada cuma nama aku "Fatin !" . Dia mesej aku hanya panggil nama aku ? Apa masalah cousin aku sorang ni . Dah gilakah ? tapi sebab cousin aku reply lah ,kalau orang lain memang tak akan aku reply ! Dalam beberapa minit je aku dapat mesej darinya lagi ,dia tanya aku buat apa dan sebukkah aku . Manalah tahu dia risau mengganggu aku . Aku pun reply yang sepatutnya . Kami bermesej sampailah waktu isyak . Lepas solat isyak kami sambung semula bermesej . Tiba-tiba dia meminta izin untuk menelefon aku . Korang nak tahu problem aku apa bila dia ajak call ? Aku tak pernah bercakap pun dengan dia walaupun kami cousin sebab bila balik kampung aku mesti duduk dalam bilik atau dekat dapur . Kalau ke rumah dia pula ,aku mesti duduk belakang ayah atau ibu aku sebab aku terlalu malu dengan dia . Tak tahu kenapa ,tapi itu yang aku pelik sampai sekarang . Aku dengan orang lain tak pernah ada timbul perasaan malu tapi dengan dia ,cousin sendiri ada perasaan malu . Kebengongan apakah ?

Aku cuba untuk mengelak tapi dia tetap memujuk . Aku berlembut hati selepas di pujuk oleh ibu aku supaya answer call dari dia . Ibu aku tahu setiap mesej atau panggilan dari sesiapa pun . Aku selalu share dengan ibu so ibu pun suruh aku answer . Aku masuk bilik ,aku ambil position yang selesa di atas katil ,aku answer . Ya Allah ! Kau saja yang tahu betapa malunya aku untuk menjawap salamnya . Aku cuba untuk menyembunyikan suara getaran sebab aku kalau segan aku takut mesti automatic nak mengalir air mata . So aku pun cuba bersembang dengan dia secara tidak formal . Aku dengan dia habis call sampailah pukul 1:30 am dan dia meminta aku untuk call lagi . Dia tak bagi tahu aku kenapa dia nak call lagi tapi dia sempat mengada-ngada mengeluarkan kata-kata yang membuat aku serba salah kalau menjawap "TAK BOLEH" . Jadi aku cakap okey tapi kalau dia mengantuk ataupun nak buat sesuatu ,pergi saja . Jangan tangguh-tangguhkan . Dia terus menelefon aku tidak lama lepas tu . Terbukti kami sudah biasa dan selesa berbual yang pada awalnya agak malu-malu kucing gitu . Selepas beberapa minit berlalu ,dia menceritakan kepada aku yang dia sudah menjadi seperti aku (single) selepas beberapa hari yang lepas . Dia ceritakan A sampailah ke huruf terakhir Z . Memang kesian bila mendengar ceritanya tapi nak buat macam mana ,semuanya datang daripada-NYA . Kita sebagai umatnya kenalah bersabar . Selepas 1jam berlalu ,phonenya pun mati dengan sendirinya sebab kami calling menggunakan super saver ,lebih jimat . Aku ingatkan dia dah bersedia untuk melelapkan mata tapi tidak . Dia sambung untuk mesej dengan ku . Ya Allah ,sampai pukul 3am kami berhubung . Tapi memang best berborak dengan dia sebab dia tak pernah mengeluarkan kata-kata yang membuat aku sakit hati malah dia seorang yang menghormati kaum Hawa ini  . Sungguh selesa jikalau sesiapa yang berbual dengannya . Aku pun termasuk dalam list yang selesa dengannya .

Apa pun dia ada ajak aku untuk menemaninya pergi mencari kasut di KL . Tapi aku belum lagi bagi keputusan . Ya Allah ,nak pergi ke tak ni ?

Tuesday, April 16

Merentas Desa (2)


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum ya habibi ya maulana .*mengarut je aku ni -.-'.
Ha ! Seperti yang di janjikan ,aku nak sambung cerita siapa pasal Merentas Desa 2013 dekat SMK Bandar Baru Ampang . Harini aku sambung okey :)

Pergaduhan antara ketua rumah sukan bukanlah teruk sangat pun . Just bergurau je . Bila nama pemenang di umumkan serta di sekalikan dengan rumah sukan ,ketua rumah sukan mulalah tunjuk angkuh dan angkat bendera sambil kibar dengan megahnya . Rumah sukan lain yang lain menunggu rumah sukannya di umumkan . Jadi bila rumah sukan lain di umumkan ,mulalah mereka berpura-pura nak bergaduh .*dah macam zaman peperangan siap bawa bendera segala .
Selepas semua pemenang telah di umumkan ,kini anugerah yang di nantikan oleh semua pelajar dan guru-guru rumah sukan . Pemenang Rumah Sukan Keseluruhan .
Nak tahu rumah sukan mana yang menang ?
Jeng jeng jeng ,bacalah sendiri ya .

Kasturi (kuning) = no.5
Lekir (hijau) = no.4
Lekiu (unggu) = no.3
Tuah (biru) = no.2
JEBAT (MERAH) = NO.1 !

Tak sangka mereka melonjak naik sebegitu mudah . Tahun sebelum ni mereka kecundang . Tahniah kepada rumah Jebat ! Apa pun ,mereka semua dah buat yang terbaik cuma nasib yang tidak menyebelahi mereka kan :)
Sebelum terlupa ,aku ada sedikit gambar yang sempat aku kongsikan kepada korang untuk membuktikan keriangan SMK Bandar Baru Ampang ketika merentas desa .

Sebelum acara bermula ,beratur untuk ambil kedatangan . Mana aku ? Ofcause yang ambil gambar . Kata photographer :)

Nampak tak 4 orang yang pandang camera tu ? Yang berbaju hijau ,biru dan merah tu ketua rumah sukan . Yang lagi sorang tu atlet sekolah .

Nak tahu kenapa budak ni berbaring ? Eh ! Bukan pengsan ,dia kena denda sebab datang lambat . Yang pandang camera tu cikgu Amin a.k.a Abah Angkat aku . Handsome tak ?

Okey ,start sini gambar photographer semak dalam camera sebab makan hati dengan kawan yang lain dapat bergambar . Apa pun nak tanya jugak ,kenapa aku macam tu sekali ?-.-'

Muka aku tak ada mood sebab menahan lapar yang tidak terkira .
Sabar je lah .

Sebelah kanan dan kiri aku tu sepupu . Muka dorang hampir samakan ? Dah kata sepupu . Memang lah . Yang penting ,abah aku buat muka bengkek dia . Teruk betul !

3 gambar di atas moments pada aktiviti merentas desa dijalankan .

Again photographer menyemak ! Yang penting aku sorang je yang wanyi yang lain busuk bau peluh !
Buekkkk ~

Hadiah untuk pemenang sudah di sediakan :)

Semua budak QM berehat dalam bilik sukan . Yang penting ,muka minah baju biru ni pelik :D

COMELNYA AKU !!!*lepas ni ramai yang menyampah and benci aku :D

Semua nak buat muka annoying je . Yang penting ,aku gedik masuk dalam gambar :D

Ni pun sama ,sepatutnya dorang berdua je yang ambil gambar tapi aku semak je menyebok sekali .

Ni pun sama ! Semak lagi !

Dan ini dia juara keseluruhan ,JEBAT ! Yang pendek tu ketua rumah sukan . Macam tak layak je . Larian pun tak menang :P

Menarikkan sekolah kami ? Mestilah ,sekolah yang paling kepoh dalam daerah Hulu Langat :Dhahahaha
Lantaklah orang nak cakap apa pun ,yang penting kami ENJOY :)

Tan Crown