Thursday, November 28

SPM Sudah Tamat


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum kawan sekalian . Alhamdulillah ,kertas terakhir peperiksaan SPM sudah pun melabuhkan tirainya . Kini aku sudah bebas dari zaman pemerintahan guru disiplin . Kini sudah tiba masanya aku dititah oleh boss atau cikgu di kolej pula . Tetapi ,bukan sekarang masanya . Sekarang aku mengambil masa sebulan untuk rilex dan ambil lesen kereta . Supaya senang nanti untuk kerja atau sambung belajar . Aku dah fikir dah yang aku akan sambung belajar dekat Kuala Lumpur je . Tak mahulah pergi jauh-jauh . Kuala Lumpur ni banyak kolej yang ada aliran yang aku suka . So tak perlulah nak gunakan istilah merantau ke tempat orang . Nanti menyusahkan je . Mana tak nya ,aku dari kecil hidup dijaga oleh ibu dan ayah . Aku anak tunggal . So pergi kem sekali pun tak pernah . So tak ada pengalaman nak berdikari sendiri . Jadi ,aku dah buat keputusan aku nak sambung belajar dekat dengan tempat tinggal aku je . By the way ,sebelum aku terlupa . Aku ada gambar nak share dengan korang . Gambar tadi masa habis menjawab soalan peperiksaan SPM Geografi . Tak sangka aku dah habis sekolah dan alhamdulillah aku berjaya menempuhi zaman persekolahan aku dengan jayanya .

Nampak gadis yang memakai cermin mata besar tu ? Dialah kawan baik aku . Nama dia Aminatul Kuswa Binti Anas . Dia satu kelas dengan aku . Aku selalu dengan dia . Kemana ada aku ,mesti ada dia . Kadang-kadang kami berdua dan kadang-kadang kami bertiga . Ada lagi seorang kawan aku . Namanya Jasmin Binti Johan . Alah ,kawan aku Min tu aku dah selalu ceritakan dekat korang ,cuma pasal Mina je aku tak pernah ceritakan sangat sebab Mina ni kawan baru aku tahun ni . Walaupun baru tapi macam dah lama kenal dia . Aku dan dia mengenali keluarga masing-masing . Baru-baru ni dia dapat adik baru yang di beri nama Putera Indara Julinas . Sedapkan nama adik baru dia ? Sekarag bertambahlah keluarga angkat aku tu . Seronok betul aku . Apa-apa pun doakan hubungan kami kekal hingga ke jannah ye . Aminn ...

Wednesday, November 27

Zaman Persekolahan


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum teman . Kita semua ada kawankan . Tak kira usia atau jantina ,semua kita berkawan . Jadi aku pun ada kawan . Aku bercakap pasal kawan ni sebab esok hari terakhir aku akan menjadi seorang pelajar . Esok hari terakhir peperiksaan SPM . Jadi itu bermakna hari terakhir aku di sekolah . Aku sangat gembira kerana sudah menamatkan sesi pembelajaran aku di sekolah SMK Bandar Baru Ampang . Sejak aku dari tingkatan satu ,aku bersekolah di SMK Taman Kosas tetapi dengan sebab tertentu aku pindah ke SMK Bandar Baru Ampang . Banyak yang telah aku lalui semasa aku menjadi pelajar sekolah . Musuh ,cinta monyet dan pelbagai lagi . Malangnya ada sedikit perasaan sedih dan sebak kerana sudah menamatkan zaman persekolah aku . Sungguh indah kenangan dibangku persekolahan . Kenangan yang tidak boleh kita lupakan sepanjang hidup kita . Menjadi remaja . Aku akan rindukan cikgu-cikgu yang berleter kerana kenakalan aku ,aku rindukan tandas sekolah yang menjadi tempat aku menyiapkan diri dan aku akan rindukan teman-teman aku yang selalu menggembirakan aku walaupun sekali .
Ketika aku ditingkatan tiga ...




Ketika aku ditingkatan empat ...



Ketika aku ditingkatan lima ,tahun terakhirku ...












Inilah kenangan yang aku boleh kongsi bersama pembaca blog ini . Sangat seronok kita dibangku persekolahan . Tiada apa yang perlu difikirkan tentang dunia luar . Dan kini aku sudah bersedia hidup di dunia luar yang penuh kehidupan yang berliku . Akhir kata dari aku ,zaman persekolahan bukan zaman yang mebosankan tetapi zaman kanak-kanak yang sangat menceriakan .
Luahan hati rindu Rosfatin Izati Binti Roshisham :')


Tan Crown