Wednesday, November 27

Zaman Persekolahan


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum teman . Kita semua ada kawankan . Tak kira usia atau jantina ,semua kita berkawan . Jadi aku pun ada kawan . Aku bercakap pasal kawan ni sebab esok hari terakhir aku akan menjadi seorang pelajar . Esok hari terakhir peperiksaan SPM . Jadi itu bermakna hari terakhir aku di sekolah . Aku sangat gembira kerana sudah menamatkan sesi pembelajaran aku di sekolah SMK Bandar Baru Ampang . Sejak aku dari tingkatan satu ,aku bersekolah di SMK Taman Kosas tetapi dengan sebab tertentu aku pindah ke SMK Bandar Baru Ampang . Banyak yang telah aku lalui semasa aku menjadi pelajar sekolah . Musuh ,cinta monyet dan pelbagai lagi . Malangnya ada sedikit perasaan sedih dan sebak kerana sudah menamatkan zaman persekolah aku . Sungguh indah kenangan dibangku persekolahan . Kenangan yang tidak boleh kita lupakan sepanjang hidup kita . Menjadi remaja . Aku akan rindukan cikgu-cikgu yang berleter kerana kenakalan aku ,aku rindukan tandas sekolah yang menjadi tempat aku menyiapkan diri dan aku akan rindukan teman-teman aku yang selalu menggembirakan aku walaupun sekali .
Ketika aku ditingkatan tiga ...




Ketika aku ditingkatan empat ...



Ketika aku ditingkatan lima ,tahun terakhirku ...












Inilah kenangan yang aku boleh kongsi bersama pembaca blog ini . Sangat seronok kita dibangku persekolahan . Tiada apa yang perlu difikirkan tentang dunia luar . Dan kini aku sudah bersedia hidup di dunia luar yang penuh kehidupan yang berliku . Akhir kata dari aku ,zaman persekolahan bukan zaman yang mebosankan tetapi zaman kanak-kanak yang sangat menceriakan .
Luahan hati rindu Rosfatin Izati Binti Roshisham :')


No comments:

Tan Crown