Wednesday, September 17

Minah Awkward !


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum to all reade or to all blog walking . Selamat pagi kawan-kawan . Hari ini aku terbangun awal pula jadi ada masa pula nak update blog . Selepas solat terus update . Dah lama sangat aku tak update ye . Ni semua gara-gara masuk alam kolej . Busy dengan assignments ,dengan kerja berkumpulan ,debatnya lagi dan siapkan report perbentangan . Tak sangka bukan mudah bergelar mahasiswa/mahasiswi ni . Dulu masa sekolah tak siap kerja kurang-kurang kena denda je . Tapi bila sekarang tak siap kerja boleh rugi duit PTPTN aku kalau tak lepas sem . So setiap sem kena dapat result bagus !

By the way hari ini aku nak share satu cerita yang agak panas bagi aku sebab dia dah mengganggu hak asasi aku . Ini bukan poyo tapi yoyo . Hahaha ,okey back to be serious ! Alah bukan serious mana pun cuma dia ganggu Minion . Dia tu perempuan so nak buat macam tu dekat public dengan Minion . Terang-terang Minion datang dengan aku ,duduk dengan aku ,orang pun boleh fikir Minion tu siapa dengan aku jadi tak ada alasan kalau nak kata dia tak tahu aku dengan Minion tu have relation . Bak kata orang tua ,tengok pun dah tahu . Tapi minah ni maca blur je ,macam tak fikir hati orang lain . Okey mybe korang tak faham sebab aku tak cerita lagi apahal dengan minah tu kan ? hahaha biasalah ,hati sudah geram mestilah tak sabar je nak bercerita . Tup tup dah habis je ,hahahaha . Okey macam ni ceritanya ...

 Aku dengan Minion pergi padang yang berdekatan dengan taman rumah Minion . Dekat situ ramai kawan-kawan Minion tengah practice Bboy dan ada juga budak-budak lain yang tengah have fun main dekat playground . Entah dari mana ada seorang minah datang berdekatan kitorang then gedik-gedik dengan kawan-kawan Minion . Tumbuk sana sini then tertiba dia datang berdiri sebelah aku terus bersua dekat Minion "nak salam ?" aku terus terdiam dan sedutan air ice blanded aku terhenti gara-gara dengar ayat tu keluar dari mulutu minah tu . Aku tak memandang pun minah tu sebab tak ada mood nak pandang orang lain selain Minion aku . Tapi Minion pandai jaga hati aku ,dia terus bagi perempuan tu malu "taknak aku ,kau bukan muhrim aku" aku terus angkat kepala pandang muka Minion ,tapi dia tak memandang aku pun . Aku rasa bangga dengan tindakan Minion tu sebab dia tak tergoda dengan minah macam tu . Minah tu dah la sexy ,hot then group penny pula . Jadi Bboy dengan Penny memang boleh rapat . Tapi alhamdulillah Minion jaga semua tu untuk aku .

Tapi itulah yang aku pelik . Minah tu boleh 'buto' kan Minion lepas Minion cakap macam tu . Nampak sangat dia memang nak gedik dengan Minion . Lagipun ,kalau dia nak salam atas niat untuk hormat ,kenapa dia tak salam aku lepas tu ? Kenapa dia terus blah . Dia panggil nama Minion then cakap nak salam ? Aik ,apa motiv dia ? Yang lagi menyakitkan ,sebelum tu dia pernah cakap dekat Minion "Kau tak ingat aku kan ?" then buat mmuka sedih lah konon ! Haish pelik-pelik awek zaman IT ni . Kaki rampas satu hal ,kaki rosak hubungan lagi satu hal . Ikutkan hati nak je tapak kasutkan muka dia tu . Tapi aku fikir perangai tak matang je jadi aku perlu jadi matang . Walaupun dia tu kawan kepada kawan Minion ,dia tak boleh buat macam tu depan aku . Bukan dengan aku je ,dengan semua . Nak salam bagai ,haish sakit pula hati kita ni !

Tapi tak apa ,Minion cukup memahami hati aku dan dia memang akaan jaga hati aku . Aku bangga apat orang yang malu dengan perempuan lain . Aku bangga dapat dia . Korang doakan kami hingga ke Jannah ye ? Amin

Tan Crown