Saturday, December 8

Harimau Malaya


Assalamualaikum dan hello to all readers .
Hari ini hari saya nak cerita pasal bola sepak kebangsaan kita .


Korang mesti kenalkan mereka dekat atas ni ?
Merekalah pemain bola sepak kebangsaan kita yang digelar sebagai Harimau Malaya .
Them so awesome ! Tak percaya saya dorang dapat tewaskan Indonesia pada
1 Disember 2012 :)
Saya sangat bangga sebab pada awalnya saya anggap mereka akan dikalahkan oleh
Garuda tetapi anggapan saya salah .
Mereka memang hebat .


Empat orang jejaka yang mewakili Harimau Malaya menyumbang satu jaringan
setiap seorang . Dari kiri Safiq ,Safee ,Wan Zack dan Khyril .
Mereka adalah penyelamat negara kita .
Korang mesti ada minat salah seorang dalam kumpulan Harimau Malaya right ?
So ,siapa ? ^_^
Saya minat yang pakai jersey number 25 tu . Handsome right :3
<3 Wan Zack Haikal <3
Im in love with you honey :3. Seriusly dia Mr.Perfect :D
I hope I can be you Mrs.Perfect :Phahahaha :D.
Actually dia dah ada girlfriend okey ! Jangan nak berangan sangatlah !
Saya lah girlfriend dia :P
Tak tak tak ,just kidding . Girlfriend dia comel secomelnya . Putih and berkulit gebu ,hahaha :D
Korang jangan lupa nantikan perlawanan final ye . Dengar cerita
lawan dengan Thailand ,betul ke ? hahaha :D
Don't know babe .
Apa pun ,hopefully kita menang semasa berlawan dengan Thailand ,
Amin ~~

Friday, December 7

Tukang Gunting Rambut Yang Menyeramkan


Assalamualaikum dan salam hari jumaat kepada all readers .
Hari ni saya nak share story about
seorang tukang guntingrambut yang menyeramkan .

Korang pernah dengar cerita tentang tukang gunting rambut yang
menjadi pembunuh ? Haahh ! Saya nak cerita ni .

 
 Ada sebuah kisah di mana terdapat sebuah kedai gunting rambut yang mana
pemiliknya melakukan perbuatan cubaan mencederakan
pelanggannya sehingga mati . Cerita ini mengisahkan seorang
tukang gunting rambut yang rupanya dianggap misteri oleh sesetengah pihak .
Cerita ini bermula pada awal kurun ke19 ,iaitu ada sebuah kedai
gunting rambut . Kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki .
Setiap hari tokey kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan
bertanya kepada orang yang lalu lalang ,
“Mahu potong kepala?” . Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum
. Sesiapa yang menjawap ,“Tak lah , saya nak potong rambut”
akan terselamat . Tetapi bagi mereka yang menjawap
“Ya” dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima
nasib malang . Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut ,dipakaikan kain
alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju
,si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara
rahsia kepada mangsa . Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi
kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan . Tukang gunting akan
perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak .
Mangsa yang tidak boleh bergerak
tidak akan merasa apa-apa.Tidah boleh menjerit dan hanya
mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting
yang kejam itu . Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau
di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan
lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan
dan ia kedengaran seperti mengoyak kain .
Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan
menampakkan otak ,barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang .
Dan kesakitan akan mula terasa .
 Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat
dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat .


Tukang gunting rambut biasanya akan mengambil gambar mangsa sebagai
kenang-kenangan .

 So ,after korang baca ni korang mesti cuak nak pergi gunting rambut dekat kedaikan ?
Hahah :D. Hati-hati ye dengan soalan orang :)

Tan Crown