Friday, April 19

Le Cousin ♥


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua . Semua sihat ? Mudah-mudahan semua sihat belaka .
Harini hari yang paling menggembirakan aku . Bukan sebab aku dapat hadiah atau jalan-jalan ,tapi sebab cousin aku . Nak tahu apa yang gembira sangat pasal cousin aku ni ? Korang mestilah nak tahukan . Kalau tak buat apa korang baca .

Korang tahukan aku dengan Coconut Tree dah menjadi kenangan je ? Korang tak tahu !? OMG ! Korang ni jahatlah . Aku dah cerita dah dekat post yang lain . Tak apa ,nanti korang baca okey . Dalam beberapa hari yang kekosongan bagi aku ,tiba-tiba phone aku berbunyi pada waktu selepas solat maghrib . Aku tak tengok siapa yang mesej sebab aku rasa mesej tu tak penting sebab ibu dan ayah sudah berada dirumah . Bagi aku mesej yang penting tu dari mereka tapi itu sekarang . Dulu ada lagi seorang hamba Allah yang aku rasakan dia penting dalam hidup aku . Okey back to the story ,dalam beberapa minit kemudian barulah aku tengok mesej tu . Aku agak terkejut dengan nak pengirimnya . Nombor tu memang aku ada save so aku agak terkejut bila tengok nama pengirim yang tertera di screen handphone aku . Cousin aku yang dulunya tinggal di Perak sebab di besarkan di Perak tapi sekarang dia tinggal di Cheras sebab belajar dekat sekolah teknik . Aku pun bacalah isi mesej tu . Yang ada cuma nama aku "Fatin !" . Dia mesej aku hanya panggil nama aku ? Apa masalah cousin aku sorang ni . Dah gilakah ? tapi sebab cousin aku reply lah ,kalau orang lain memang tak akan aku reply ! Dalam beberapa minit je aku dapat mesej darinya lagi ,dia tanya aku buat apa dan sebukkah aku . Manalah tahu dia risau mengganggu aku . Aku pun reply yang sepatutnya . Kami bermesej sampailah waktu isyak . Lepas solat isyak kami sambung semula bermesej . Tiba-tiba dia meminta izin untuk menelefon aku . Korang nak tahu problem aku apa bila dia ajak call ? Aku tak pernah bercakap pun dengan dia walaupun kami cousin sebab bila balik kampung aku mesti duduk dalam bilik atau dekat dapur . Kalau ke rumah dia pula ,aku mesti duduk belakang ayah atau ibu aku sebab aku terlalu malu dengan dia . Tak tahu kenapa ,tapi itu yang aku pelik sampai sekarang . Aku dengan orang lain tak pernah ada timbul perasaan malu tapi dengan dia ,cousin sendiri ada perasaan malu . Kebengongan apakah ?

Aku cuba untuk mengelak tapi dia tetap memujuk . Aku berlembut hati selepas di pujuk oleh ibu aku supaya answer call dari dia . Ibu aku tahu setiap mesej atau panggilan dari sesiapa pun . Aku selalu share dengan ibu so ibu pun suruh aku answer . Aku masuk bilik ,aku ambil position yang selesa di atas katil ,aku answer . Ya Allah ! Kau saja yang tahu betapa malunya aku untuk menjawap salamnya . Aku cuba untuk menyembunyikan suara getaran sebab aku kalau segan aku takut mesti automatic nak mengalir air mata . So aku pun cuba bersembang dengan dia secara tidak formal . Aku dengan dia habis call sampailah pukul 1:30 am dan dia meminta aku untuk call lagi . Dia tak bagi tahu aku kenapa dia nak call lagi tapi dia sempat mengada-ngada mengeluarkan kata-kata yang membuat aku serba salah kalau menjawap "TAK BOLEH" . Jadi aku cakap okey tapi kalau dia mengantuk ataupun nak buat sesuatu ,pergi saja . Jangan tangguh-tangguhkan . Dia terus menelefon aku tidak lama lepas tu . Terbukti kami sudah biasa dan selesa berbual yang pada awalnya agak malu-malu kucing gitu . Selepas beberapa minit berlalu ,dia menceritakan kepada aku yang dia sudah menjadi seperti aku (single) selepas beberapa hari yang lepas . Dia ceritakan A sampailah ke huruf terakhir Z . Memang kesian bila mendengar ceritanya tapi nak buat macam mana ,semuanya datang daripada-NYA . Kita sebagai umatnya kenalah bersabar . Selepas 1jam berlalu ,phonenya pun mati dengan sendirinya sebab kami calling menggunakan super saver ,lebih jimat . Aku ingatkan dia dah bersedia untuk melelapkan mata tapi tidak . Dia sambung untuk mesej dengan ku . Ya Allah ,sampai pukul 3am kami berhubung . Tapi memang best berborak dengan dia sebab dia tak pernah mengeluarkan kata-kata yang membuat aku sakit hati malah dia seorang yang menghormati kaum Hawa ini  . Sungguh selesa jikalau sesiapa yang berbual dengannya . Aku pun termasuk dalam list yang selesa dengannya .

Apa pun dia ada ajak aku untuk menemaninya pergi mencari kasut di KL . Tapi aku belum lagi bagi keputusan . Ya Allah ,nak pergi ke tak ni ?

Tuesday, April 16

Merentas Desa (2)


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum ya habibi ya maulana .*mengarut je aku ni -.-'.
Ha ! Seperti yang di janjikan ,aku nak sambung cerita siapa pasal Merentas Desa 2013 dekat SMK Bandar Baru Ampang . Harini aku sambung okey :)

Pergaduhan antara ketua rumah sukan bukanlah teruk sangat pun . Just bergurau je . Bila nama pemenang di umumkan serta di sekalikan dengan rumah sukan ,ketua rumah sukan mulalah tunjuk angkuh dan angkat bendera sambil kibar dengan megahnya . Rumah sukan lain yang lain menunggu rumah sukannya di umumkan . Jadi bila rumah sukan lain di umumkan ,mulalah mereka berpura-pura nak bergaduh .*dah macam zaman peperangan siap bawa bendera segala .
Selepas semua pemenang telah di umumkan ,kini anugerah yang di nantikan oleh semua pelajar dan guru-guru rumah sukan . Pemenang Rumah Sukan Keseluruhan .
Nak tahu rumah sukan mana yang menang ?
Jeng jeng jeng ,bacalah sendiri ya .

Kasturi (kuning) = no.5
Lekir (hijau) = no.4
Lekiu (unggu) = no.3
Tuah (biru) = no.2
JEBAT (MERAH) = NO.1 !

Tak sangka mereka melonjak naik sebegitu mudah . Tahun sebelum ni mereka kecundang . Tahniah kepada rumah Jebat ! Apa pun ,mereka semua dah buat yang terbaik cuma nasib yang tidak menyebelahi mereka kan :)
Sebelum terlupa ,aku ada sedikit gambar yang sempat aku kongsikan kepada korang untuk membuktikan keriangan SMK Bandar Baru Ampang ketika merentas desa .

Sebelum acara bermula ,beratur untuk ambil kedatangan . Mana aku ? Ofcause yang ambil gambar . Kata photographer :)

Nampak tak 4 orang yang pandang camera tu ? Yang berbaju hijau ,biru dan merah tu ketua rumah sukan . Yang lagi sorang tu atlet sekolah .

Nak tahu kenapa budak ni berbaring ? Eh ! Bukan pengsan ,dia kena denda sebab datang lambat . Yang pandang camera tu cikgu Amin a.k.a Abah Angkat aku . Handsome tak ?

Okey ,start sini gambar photographer semak dalam camera sebab makan hati dengan kawan yang lain dapat bergambar . Apa pun nak tanya jugak ,kenapa aku macam tu sekali ?-.-'

Muka aku tak ada mood sebab menahan lapar yang tidak terkira .
Sabar je lah .

Sebelah kanan dan kiri aku tu sepupu . Muka dorang hampir samakan ? Dah kata sepupu . Memang lah . Yang penting ,abah aku buat muka bengkek dia . Teruk betul !

3 gambar di atas moments pada aktiviti merentas desa dijalankan .

Again photographer menyemak ! Yang penting aku sorang je yang wanyi yang lain busuk bau peluh !
Buekkkk ~

Hadiah untuk pemenang sudah di sediakan :)

Semua budak QM berehat dalam bilik sukan . Yang penting ,muka minah baju biru ni pelik :D

COMELNYA AKU !!!*lepas ni ramai yang menyampah and benci aku :D

Semua nak buat muka annoying je . Yang penting ,aku gedik masuk dalam gambar :D

Ni pun sama ,sepatutnya dorang berdua je yang ambil gambar tapi aku semak je menyebok sekali .

Ni pun sama ! Semak lagi !

Dan ini dia juara keseluruhan ,JEBAT ! Yang pendek tu ketua rumah sukan . Macam tak layak je . Larian pun tak menang :P

Menarikkan sekolah kami ? Mestilah ,sekolah yang paling kepoh dalam daerah Hulu Langat :Dhahahaha
Lantaklah orang nak cakap apa pun ,yang penting kami ENJOY :)

Saturday, April 13

Merentas Desa (1)


-Bismillahirahmannirrahim-
Wow ! Letih sungguh aku harini . Harini ada sekolah ganti . Tak sangka cikgu
SMK Bandar Baru Ampang cerdik orangnya . Dorang macam dah tahu-tahu student tak akan datang hari Sabtu kalau ada sekolah ganti so dorang buat larian merentas desa harini . Memang ramailah yang datang
sebab nak rumah sukan masing-masing menang .

Walaupun aku tak lari bersama kawan-kawan yang lain ,tapi aku dapat rasa bahang keseksaan tu sebab
aku jadi photographer . Setiap moments yang berlaku aku tak akan terlepas untuk mengambil gambar .
Yang best tu aku tak berseorangan . Aku ditemani oleh dua orang guru . Memang best bila jadi photographer tapi letih dia ,hanya tuhan saja yang tahu . Aku berlari sana ,berlari sini ,panjat sana ,maklumlah  ,pendek so kenalah panjat untuk ambil moments satu sekolah . Aku ada juga ambil gambar luar sekolah . Gambar moments masa larian bermula dan gambar pemenang yang sampai ke garisan penamat .
Selepas tu rehat . Time rehat yang best . Semua student makan roti jagung and mineral water tapi aku roti canai and nescafe ais . Yang bestnya sebab cikgu yang belanja ! Nasib aku sorang ,kalau tak mau bankrap cikgu aku .

Lepas makan kami masuk sekolah semula . Aku pelik betul dengan cikgu aku sorang ni . Dia punya risau tengok aku melintas macam mak aku je . Aku tahu aku kecik tapi melintas jalan tu aku boleh buat sendiri .
Apa pun thanks cikgu sebab CARE pasal anak cikgu seorang ni .
Masuk je sekolah ,cikgu nak umumkan pemenang and rumah sukan yang banyak mata . Wow !
Memang sengit ! Tak sangka rumah sukan yang selalu kecundang akhirnya naik semula untuk menunjukkan taring ! Siap ada sikit pergaduhan antara capten rumah sukan yang lain ! Nak tahu rumah sukan apa yang menang and yang kalah ? Nak tahu siapa capten rumah sukan ? Nak tahu apa yang berlaku ? Tunggu post yang seterusnya okey :)
-Assalamualaikum-
Tan Crown