Thursday, June 26

Budak Kolej Tak Guna !


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum geng !!! Hah ,hari ini aku badmood gila . Nak tahu kenapa ? Sebab semua orang yang dekat dengan aku buat taik dengan aku ! Rasa macam nak hentak kepala mereka-mereka yang sakai itu ke dinding ! Dh kenapa aku skema sangat ni ?! Ni semua gara-gara badmood aku ni lah !!! Aku jadi tak betul !!!

Aku dahlah letih dengan semua assignments yang lecturer bagi dekat aku then boleh pula budak kolej buat hal dengan aku ! Ada ke buruk-burukkan nama aku ?! Dahlah burukkan nama aku ,then cerita dekat orang atasan yang aku ni macam jalang ? Kau memang nak matilah wahai hamba Allah ! Nasiblah aku rasa benda ni perkara bodoh ,jadi aku let it go je ! Kalau tak dah nazak budak tu aku kunyah macam kunyak sirih !

Tak sangka aku ada juga budak nak jatuhkan aku dekat kolej ni . Aku ingatkan dekat sekolah je orang benci aku ,rupanya dekat kolej pun ada yang nak tengok Kak Ros pukul adik-adik . Haisshhh ,aku bukan main lembut bila dengan diorang tapi diorang pijak kepala pula . Tu yang aku pelik tu . Aku tak tunjukkan sangat perangai kasar aku ni tapi ada juga saja nak cari publicity murahan dan jalang ni . Biasalah budak-budak ,tak matang lagikan . Tak apa ,nanti Kak Ros ajar ye ?

Sunday, June 1

Muhammad Amirul Hafiq Bin Huzainy


-Bismillahirrahmanirrahim-
Selamat malam warga blog sekali . Hari ini aku muncul semula setelah sekian lama mendiamkan diri dari post cerita di blog kesayangan aku ni . So pada post hari ini ,aku ingin memperkenalkan siapa Monkey kesayangan aku yang aku cerita selepasaku break-off dengan Coconut Tree . Memang aku pernah cerita tapi aku tak tunjuk gambar untuk tontonan anda sekeluarga ,hahhaahahh over pula aku ni .

Aku mulakan dari awal ye .Namanya Muhammad Amirul Hafiq Bin Huzainy dan umur sudah masuk 18tahun sama seperti aku . Dilahirkan pada 30 Mei 1996 . Cara kenal mesti you all gelak and rasa nak carut . Kami asal jadi musuh dan jadi kawan dan jadi bestfriend dan jadi buah hati . Kalau nak tahu macam mana kami kenal dengan lebih mendalam baca older post Monkey ni ye . Malas nak cerita benda yang pernah aku cerita dulu . Rasa macam copy and paste . So batter you all baca je ye sayang .

So itulah Monkey kesayangan aku . Alhamdulillah kami sudah masuk tiga bulan dalam hubungan tetapi kami bersyukur kerana kami masih bahagia . Walaupun baru tiga bulan tapi banyak yang telah kami tempuhi bersama . Alhamdulillah masuk hari ini ,lagi 25 hari dia akan balik dari PLKN dan tak akan berjauhan dari aku lagi . Seperti biasa aku akan meminta you all semua mendoakan kebahagiaan kami hingga ke anak cucu cicit ,hahahah ini penting okey . Dan sekarang aku akan kongsikan gambar dia bersama you all okey . Dan ini ketika dia ketawa bila cakap I love you Ros di padang .

Nampak bertapa tingginya dia bila dibandingkan dengan aku .

Kami nampak macam adik-beradik ? Huh ramai orang cakap -.-'

Tan Crown