Friday, July 13

Hati ini hancur keranamu ~






Setiap insan punya hati dan perasaan ,tetapi itulah juga yang
selalu dilupakan oleh insan yang lain . Sehingga ada
yang tergamak melukakan hati sesama insan .

Tetapi aku perlu sentiasa menyedari , itulah yang dikatakan kehidupan . Bukanlah dikatakan sebuah kehidupan jika semua yang dilalui indah-indah belaka . Inilah juga yang dinamakan
ujian . Ujian yang insyaallah yang menambahkan kematangan .

Setiap insan berhak berasa sedih apabila hatinya terluka , tiada siapa yang berhak menghalang . Luahkan perasaan kadangkala dapat menenangkan walaupun tanpa suara . Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepadaku ketabahan . Aku yakin semua ini tanda kasih Allah padaku agar aku tidak terus dipermainkan .

Tiada siapa yang perlu bimbang ,segalanya akan ku simpan didalam hati kerana aku bukanlah seorang yang suka menjaja rahsia peribadi kecuali apabila tiba masanya aku tidak tertahan lagi atau harga diri minta dibelai .


Sungguh hambaMu ini tidak terduga Ya Allah .
Bila hati ini sanggup dilukai dan terluka .
Luka yang lebih dalam dari lautan ciptaanMu .
Luka yang lebih tinggi dari ciptaanMu .

Ya Allah ..
Betapa harus aku menanggung semua ini .
Dengan kudrat yang hanya tinggal bersisa .
Kuatkanlah hati hambaMu ini .
Tabahkanlah jiwa hambaMu ini .
Bantulah seadanya hambaMu yang lemah ini .
Kasih yang ku sulam janganlah Kau hilangkan .
Cinta yang ku dampar janganlah Kau tenggelamkan .
Aku percaya kebesaranMu Ya Allah .
Aku percaya Kau yang SATU .
Lindungilah hambaMu ini Ya Allah .
Lindungilah aku dari segalanya .
Amin ya robbal Alamin .....

Tan Crown