Friday, November 27

Pelajar Kolej Mohon Baca!


-Bismillahirrahmanirrahim-

Assalamualaikum dan selamat sejahtera guys. Here am I, Rose! To all my juniour, selamat bercuti dan kepada semua pelajar kolej, selamat menjalani semester baru! Haha, selama tiga bulan aku duduk rumah and I'm totally boring and tak ada benda yang best cuti lama-lama ni. Rasa dah cukup untuk cuti semester depan. Ganti cuti kalini, rasanya cuti minggu depan nak kerja and fullhouse poket dengan duit! Itu je dalam fikiran aku, duit duit duit dan duit. Mestilah! Duit sekarang makin penting dalam life kita, semakin maju ekonomi, semakin penting nilai duit ni. Jadi guys, please jangan jadi macam aku! Duit PTPTN habis je setiap semester. Tak shopping pun, habis dekat perut. So macam tu ke nak mengamuk sebab gemuk? Hahaha so ingat ya geng. Jangan boros sangat. Nak kekalkan duit sampai habis semester? Kepada budak sekolah tak merasa sangat sebab mak bapak masih tanggungkan. Kepada  pelajar IPTA memang memahami situasi macam ni. Satu semester ada enam bulan tapi duit simpanan yang ada RM900 je. Memang tak cukup! Dengan makannya, duit belanja kolej lagi. Yang masih duduk dengan family tu masih okay lagi, mak bapak masih mengulur setiap hari. Yang hidup rumah sewa and asrama ni memang PISHANG! Nak minta parents memang kena tibai sebab jauh, tak pasal-pasal parents tahu perangai buruk kita dekat tempat orang. HAhaha so siapa pernah kena? JAngan tipu, ada bau ni hahahaha.

Kalau dah duit tak cukup, nak pergi kelas pun macam biskut coklat. Kejap wujud, kejap mampus. Kadang ada yang wujud dua kali yang mampus sebulan. Memang damn. Kalau macam tu memang susah. Samalah macam aku. Duduk rumah sendiri, so jauh dari kolej. So memang malas nak datang kolej bila duit kering and duit minyak kereta ashik kena minta parents, nanti habis kena sound menghabiskan minyak kereta. Bukan taknak naik LRT, tapi takut. Sekarangkan banyak kes. Orang perempuan rogol lelaki pun dah ada sekarang. So kita semua kena berhati-hati. Dulu zaman tok nenek kita nak kemana saja tak risau orang culik. Zaman aku kecil dulu yang selalu risau orang yang ada keluarga perempuan sebab takut kena culik and kes rogol. Zaman sekarang, zaman akhir zama. Lelaki pun takut nak keluar rumah. Kes shemale rogol lelaki, kes perempuan rogol lelaki, kes abang jual adik dah banyak sangat. So zaman sekarang ni, zaman yang dilaknat sangat-sangat! So kita kena selalu beringat pada yang atas tu. Dia sentiasa memerhati dan sentiasa melinduungi kita jika kita ingat pada dia, in sya Allah.

And one more thing, akibat malas nak ke kelas ialah jadual macam haram J. Bayangkan orang macam aku rumah jauh, kena drive and redah jem yang macam taik then minyak kereta telan macam telan susu, tapi bila dah sampai kolej, kelas batal, jadual satu jam je, and yang paling menyirap, pagi satu jam and petang satu jam lagi kelas. So dalam satu haritu ada dua kelas je. Macam gamp-ang lah bila macam tu. Masalahnya duit minyak aku tak berbaloi langsung bila kelas batal or kelas wujud tak wujud ni. Baik tak payah datang langsung. Lebih heaven! Tapi korang jangan ikut aku. Aku memang malas, membosarkan porut sajo! Hahaha, jangan kau perli aku okay. Alasan aku sangat kukuh, hehehe...

So kepada sesiapa yang baru habis SPM and nak sambung IPTA, please fikir masak-masak untuk belajar dekat mana, fikir pebelanjaan korang and more important, tanam dalam hati duit yang ada selalu buat simpanan. Nak senang, kalau dalam bank ada RM500, bagi parents pegang RM300 and pakai sebaik-baiknya RM200 tu. Kalau RM200 tu dah habis tengah bulan, baru minta parens korang RM100. Lagi RM200 simpan untuk korang bayar balik pinjaman. Tapi janganlah korang minta duit RM100 tu sebelum tengah bulan. Melampaulah! HAHAHAHA! Rasa lucu sangat bila aku nasihatkan orang. Kan bagus kalau aku nasihatkan aku sendiri dulu, ahahaha.

Thursday, September 17

Mereput!


-Bismillahirrahmanirrahim-

Asalamualaikum guys! Yeahhh, ada masa untuk update blog. Kalau ikutkan hati, aku nak post hari-hari. Tapi tak ada cerita best sebab aku drop semester untuk tahun ni. So mereput dekat rumah and spendtime with my lovely partner, Labu. Arghhh, so boring! I need some activities outdoor. Aku dah ada banyak spear tear yang ada dekat perut, bawah dagu dan tempat tersembunyi!!! No need to mention it, but you know what I mean!

Tapi nasib tunang aku baik. Untuk lembutkan hati aku. dia nak ajak aku pergi jalan-jalan dekat dunia LUAR for anniversary kami. So aku tak sabar untuk semua tu. Dapat jalan-jalan dengan sayang! Lagi penting, aku dapat keluar dari rumah untuk satu hari! YEAHHHHH!!!

Tapi satu je, aku risaulah. Aku selalu buat dia marah. Tapi dia cool je. Mungkin sebenarnya dia dah menyampah? Tapi dia cover je. So macam mana aku nak tahu dia masih fall in love setiap detik dengan aku? Guys, please help me! Opinion open right now!

Ex? Daaaaa!


-Bismillahirrahmanirrahim-

Assalamualaikum guys. To nun-muslim, Holla! Wow! Seen bila ya aku tinggalkan blog ni? Penuh bersawang! Macam parti Halloween dah, seram je! By the way, aku ada banyak cerita nak share but first biarkan aku cerita tentang AIA. Yaa, AIA yang kononnya last man stand in my relationship. Huh, so you guys nak aku story tak? Mestilah nakkan? Korang kaki gosip!

Macam biasa, bila dia break off dengan girl dia mesti wujud dalam phone aku tapi bila dia dah ada girl BALIK, dia akan menyepi untuk jangka masa yang menjengkelkan sebab dia akan muncul tiba-tiba. Fahamkan maksud aku? Dia sekejap je akan taken. Yang singlenya lama sungguh. Tapi tak adalah lama sangat kot sebab dia tu sekarang WOW dalam menipu. So dia akan menipu kot kalau dia cakap dia single sebab aku tak nampak muka dia tu boleh tahan dengan single. Yang menyakitkan hati, dia akan sebuk kacau aku bila dia tahu gaduh dengan my fiance! What in the world manusia macam tu?! His dumb me and his came back for disturbing my life?! So itu yang buat aku menyampah bila dia single. Dia akan kacau semua perempuan and yang menyampah, dia suka kacau aku punya moment at Wechat. WHY?!

By the way, tunggu cerita baru aku okay? Jangan lupa drop your opinion untuk bertahan dengan manusia seperti itu okay guys. Peace no war. xoxo


Friday, February 13

Hantaran


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum alam maya yang telah lama aku tinggalkan. Lama sangat aku tak update sampaikan password pun aku lupa. Alhamdulillah umurku sudah pun masuk 19tahun bulan ini. Rasa gembira bila angka umur makin meningkat tapi ada yang kata bila umur sudah naik hingga ke angka 20, terasa mahu kurangkan angka umur yang dulunnya seronok melihatnya naik. Itu bermakna umur 19 tahun lah umur terakhir aku nak enjoy-enjoy ni. Kena enjoy puas-puas ni. Lepas ni dah busy nak kerja, cari duit, cari rumah dan cari suami. Aik cepatnya. Biasalah geng, setiap perhubungan ingin diakhiri dengan perkahwinan. Jadi aku juga nak kahwin. Encik Perfect 100% dah ada so inilah masanya untuk fikirkan langkah seterunya hubungan kami.

Korang rasa bagus ke kahwin awal ni? 25% kawan aku dah kahwin. Tengok macam seronok je, tak sabar pula rasanya. Bukan gatal tapi nak halalkan segalanya. Ini tak, dating je rasa was-was bila nak tengok wayang,nak pergi taman dan macam-macam lagi. Kalau dah halah tak risau pun kalau nak dating. Kawan aku kahwin sambil belajar. Walaupun tak duduk sama dan tanggungjawab masih pada keluarga  tapi hubungan mereka sudahpun dihalalkan dan tak haram bagi mereka ingin berpeluk atau keluar berjumpa dihujung minggu. Lebih baik kahwin awal. Taklah banyak berlakunya maksiat, zina dan fitnah orang. Kebanyakkannya remaja yang ingin kahwin dihalang oleh keluarga perempuan kerana wang hantarannya. Jika tidak mengikut apa yang diminta oleh keluarga perempuan, si lelaki tidak lagi boleh meminang anak perempuan mereka. Bila dah ada duit pula, wang hantaran yang diminta melampau benar. Alasannya anak perempuannya ada pangkat,ada kejayaan dan macam-macam lagi. Sedangkan dalam islam ada berkata, kahwin kerana AGAMA, RUPA dan HARTANYA. Jadi harta yang ketia. Bila dah buat penerangan mulalah ayat yang typical akan keluar dari seorang mak "Habis kau nak bagi anak orang makan apa? Batu? Pasir?" Ohh please lah wahai kaum-kaum ibu a.k.a makci sekalian, cuba guna ayat lain. Dah naik muak aku dengar ayat tu je. Cuba guna ayat "Habis kau ingat anak aku kucing minum air takungan je?" huh kan gempak sikit. Sambil arah boleh juga ketawa.


Ada pula yang kata "Biarlah kau keluar jumpa hari-hari dari kau kahwin sekarang. Kumpul duit dulu sampai cukup". Jual anak ke makcik? Kalau gitu makcik, siapa nak kahwin dengan anak makcik. Bila dah jadi macam tu, mulalah remaja ni lari ke Thailand kahwin free then bila kantoi buang anak, halau anak keluar dari rumah. Malaysia ni penuh dengan drama sungguh! Bila tak izinkan anak nak kahwin, tu jadinya berzina. Buang bayi sana-sini. Sampaikan pembuangan bayi ni jadi tren orang Malaysia! Wahai makcik makcik sekalian, hantaran mahal-mahal kalau otak bagus je tak guna kalau tak pandai masak ikan patin masak tempoyak. Lipat baju pun senyet, yang paling sadis, masak air pun kering?! Apa cerita hantar 5 angka ke atas. Kalau anak perempuan tu tak social, pandai agama, pandai kerja dapur dan yang paling penting, berbudi bahasa 10 angka pun orang sanggup. Bila dah 5 angka kau minta dengan budak sebaya anak kau, tak jadi kahwin le. Lepas tu siapa je yang kahwin dengan anak makcik? Orang tua gatal yang dah ada 2 bini yang nak dekat anak makcik sebab mereka ada duit untuk bayar hantaran makcik yang macam pinjaman bank. Bila anak nak kahwin dengan orang tua kata tak sesuai " laki kau dah sama baya dengan aku ni dah kenapa?". So apa yang makcik nak sebenarnya? Kalau gitu anak dara tua lah jawabnya.

Tan Crown