Saturday, October 27

~ TERIMA KASIH @ THANKS ~

Assalamualaikum kepada semua readers and apa kabaran ?:Dhahaha .
Today Olla nak kenalkan beberapa angle dalam hidup Olla .
Olla betul-betul berutang budi dengan mereka .
Kenapa Olla cakap terutang budi ?
Sebab dorang yang menolong Olla time Olla kecewa dengan kerungan Coconut Tree dulu .
Thanks so much friends .
Without you all ,I'll never be strong like now .
Orang pertama yang Olla paling berterima kasih ialah kepada parents Olla yang tercinta .


Dorang orang pertama yang memberi sokongan untuk buat Olla lebih 
tabah . Thanks to them and yaa Allah ,janganlah Kau jauhkan mereka dari hidupku . Tanpa mereka siapalah manusia yang bernama Rosfatin ya Allah . Kau murahkanlah rezeki pada mereka agar mereka dapat merasa kekayaan di atas dunia Mu selagi mereka masih ada ya Allah .
Aminn ~

Orang yang kedua ialah seorang lelaki yang sangat baik orangnya .
Olla dengar certita dia ni teruklah ,jahatlah ,apalah .
Tapi semua tu Olla tak peduli sebab Olla yang berkawan dengan dia and Olla yang kenal dia bukan dorang yang menuduh tu .


Inilah orangnya yang bernama Nasrullah .
Dialah orang yang kedua selepas parents Olla memberi sokongan and dorongan supaya tabah dalam kehidupan ni .
Selepas Olla break dengan Coconut Tree ,dia lah yang Olla selalu texting and calling . Kami nangis bersama ,gembira bersama and gila sama-sama :Dhahaha . Thanks Nas ,aku tak pernah lupa jasa kau kawan and kau lah kawan aku hidup dan mati :').


Walaupun dia orang ketiga ,tapi Olla tetap berterima kasih dengan dia .
Jasmin binti Johan nama diberi . Dia yang banyak dengar cerita Olla walaupun yang tak ada kene-mengena ,dia tetap layan kerenah Olla .
Kau lah kawan aku and kau lah orang pertama kawan aku yang aku anggap sibling aku . Ya Allah ,kau perbetulkanlah semua masalah yang dia hadapi sekarang ya Allah . Sesungguhnya aku tak boleh gembira kalau dia bersedih . Aku sakit jika dia sakit ya Allah jadi berikan dia kebahagian ya Allah .
Aminn ~


~ Tzulaikah and Maztieyra ~
Walaupun mereka tak rapat and tak pernah anggap Olla ni kawan tapi Olla amat berterima kasih sebab sanggup bagi sokongan walaupun sekecil kuman tapi Olla sangat berutang budi dengan mereka .
Semoga Allah dapat membalas kebaikan korang dekat Olla :').

Selepas beberapa hari Olla kenal Tzulaikah and Maztieyra ,Olla kenal dengan seorang lelaki yang bernama Shafiq Anuar a.k.a Abby .


Dialah orang yang Olla gelar "orang minyak" sebab dia panggil Olla hantu . For you information ,dia ex-boyfriend perempuan yang Coconut Tree couple sampai tinggalkan Olla . Dia break dengan Abby and couple dengan orang yang Olla sayang and orang yang Olla sayang boleh tinggalkan Olla semata-mata ingin couple dekat .
Apa pun ,you a my buddyz  sayang :)

Selepas tu semua yang mengenali Olla seperti friends dekat Facebook yang bagi semangat dekat Olla ,yang support Olla untuk meneruskan hidup and doakan Olla akan berjumpa kebahagian yang baru . Thank you  so much friends . Love you all :).

Apa-apa pun ,now Coconut Tree sudah sedar kesalahan dirinya dan menyesal kerana memilih jalan yang salah . Dia ada cakap dekat kawan dia yang dia sebenarnya tak ikhlas pun couple dengan budak perempuan tu . Dia cuma untuk suka-suka and nak cuba couple dekat . Now dia dah rasa betapa susahnya couple dekat sebab orang yang dia couple tu ,dia tak pernah tanam perasaan sayang .
Dia pernah cakap dekat kawan Olla yang dia sebenarnya tak pernah lupakan Olla walaupun dia dah couple dengan perempuan tu . Dia tak pernah anggap perempuan tu special because perempuan tu dia baru kenal dengan lebih rapat dalam beberapa hari and now dia dah sedar betapa bodohnya dia tinggalkan Olla . Pernah juga dia texting Olla merayu untuk terima dia balik contohnya 
"Awak ,saya menyesal tinggalkan awak dulu . Saya sedar semua ni salah dari saya sendiri . Saya nak awak balik . Saya akan tunggu awak walaupun awak dah bahagia dengan orang lain :)"

Over all ,Olla lebih selesa dengan keadaan sekarang . Tiada kongkongngan and tiada yang akan sakit hati .
Im happy now and I hope you will happy with your love Coconut Tree .
Aminn ~

Afiq Azmi :3

Hollo people !
Assalamualaikum readers :).
Apa kabar ? Sihat ke ? Olla sihat walafiat .


Korang mesti dah kenal siapa gerangan jejaka tampan di atas ni kan ?
Siapa tak kenal Afiq Azmi . Dia pemain bola negara kita :)
Tapi nama dia naik semasa dia bermain untuk pasukan Kelantan .
Nak tahu biodata dia yang lengkap ?


Nama : Muhd Afiq bin Azmi .
Tarikh lahir : 15 Januari 1989 (23tahun).
Tempat lahir : Kangar ,Perlis .
Ketinggian : 1.85meter (6kaki 1inci).
Bermain dibahagian : penyerang .

Korang yang perempuan ni mesti tergoda tengok muka Afiq ni kan ?
Hidung mancung dia yang buat iman Olla gugur :Dhahaha .


Comelkan Afiq :D


Sebelum dia buat rambut ayam :D
What ever ! Janji comel :3 Auww


Peace (Y).

Apa pun kita kena sokong pasukan tempatan bukan pasukan luar .
Macam Olla ,sokong Afiq Azmi (bukan sokong kumpulan yang dia main tapi sokong orangnya) :Dhahahahah .

Friday, October 26

Selamat Hari Raya Aidiladha :)

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidiladha :).
Semalam semua umat Islam mengambut hari raya korban and mesti berjuta ekor lembu menjadi mangsa rogol oleh manusia :Dhahaha .
Korang mesti pergi tengok lembu kena korban kan ?
Mesti punya sebab Olla pun tak lepaskan peluang yang ada ni untuk jadikan kenangan untuk 2012 ni :).

First of all Olla nak berterima kasih dekat bestie Olla sebab sanggup teman Olla seharian suntuk . Nak kenal siapa bestie Olla ?


Haa ~
Ni lah orangnya . Nama dia Jasmin Bt. Johan .
Jasmin ~ Maniskan nama tu ,semanis orangnya :).
 Dia lah yang sanggup teman Olla walaupun dia tak biasa tengok lembu kena korban ni .
Thanks Ketot :*.

Banyak benda yang kami nampak semalan contohnya macam daging lembu yang sudah mati bergegar-gegar . Hahaha :D. Bunyi dia macam tak logik tapi itu lah yang kami nampak . Ayah Olla cakap kemungkinan besar otot dia masih lg mengelupur . Alah ,biarlah . Janji semua kerja dijalankan dengan sempurna :).


Ayah Olla pun masuk korban jugak . Dia tolong orang ramai potong daging lembu . Rajinkan ayah Olla :).
Yang penting ayah Olla suka ikut dress up anak-anak muda sekarang . Pakai topi NY(New York) tuu ~hahaha :D

Olla ada juga snap picture Olla dengan bestie Olla .
Kami dah bosan tengok orang potong lembu and kami dah tak tahu nak tangkap gambar apa jadi kami ambil keputusan duduk dalam surau bahagia perempuan and snap picture :).


SWAG !hahahah :D.
Saja nak show off phone kita :P.


With my ketot :3.
Comelkan kami ?(masuk bakul angkat sendiri)


Tengah tengok orang potong daging .
Rasa lapar pula ,nasib dading mentah ~


Okey ! Korang jangan salah faham !
Time ni Olla tengah tiup tudung untuk betulkan atas tudung tu tapi bestie Olla boleh pula snap !
Olla betulkan tudung ea bukan snap picture buat muka duck face . Tak teringin pun !!!

Acanno ? Bestkan raya korban Olla ? Duduk snap picture je :P.
Dah itu yang Olla suka buat ,nak buat macam mana :).
Apa pun Olla rasa seronok sangat dapat berbaju kurung macam ni bersama bestie Olla . Susah nak tengok dia berbaju kurung di luar sekolah :Dhahaha .
Hopefully tahun depan pun Olla dapat beraya dengan bestie Olla lagi .
Aminn ~

Wednesday, October 24

Showing-off ? Who's dude !




Assalamualaikum readers :)
Yoyoyo ,what up . Olla in the blog :Dhahaha .
Today ada cerita hot sensasi meletop yang saya nak share dekat you allssss ~(amboi ,over betuiii ~).
Korang ingat lagi girls yang Olla pernah cerita dulu ,yang dia perampas
BF Olla ? Haaa ! That's girl lah yang I nak cerita dekat you allss ~(opss ,itu tak perlu)
Olla baru dapat tahu dia ada BF baru . Budak satu sekolah dengan perempuan tu . Opss ,lupa pulak nak bagitahu . Boyfriend dia yang baru ni ex-boyfriend dia yang dulu . Couple balik ngaaaa ~ Mak pun terkejut ,awaik dia couple dengan semua bekas dia je (jadi adik-adik pulak -.-).
Alhamdulillah dia dah ada peganti yang baru tapi tak perlulah nak showing-off bahagia sangat dik oiii ~
Hang dah lah ambil hak orang ,pastu semua hang nak sapu ~
Geli noohhh ~(bapok lagi).
Yang cek pelik sat tadi ,dia boleh snap picture berpeluk dengan
boypriend dia lagi . Ni dia ,kutuk orang tak tentu pasai ,tapi dia tu yang
lagi terok !(hamboii ,lorat utara pulak dahhhh).

Tak kesah kalau dia nak buat apa ,tapi dia kena beringat juga . Facebook tu satu dunia tengok ,then dia boleh showing-off yang dia ada boyfriend . Macam dia sorang je yang ada boyfriend . Dah lah masukkan gambar berpeluk dengan boyfriend ,ni dia boleh post dekat wall status apa yang dia buat dengan boyfriend dia . Dia pergi lepak dengan boyfriend lah ,boyfriend
dia bagi chocolate lah ,boyfriend dia lepak rumah dia lah . Hang tak malu ka kalau semua lelaki yang jadi friend list hang baca post hang tu . Kompom-kompom depa ingat hang tu pompuan tak baiiikkkk ~
Mana taknya ,dah lepak dekat rumah hang ,apa yang orang boleh fikir lagi . Maksiat jelahhh ~ Hang dulu pandai nasihat dekat cek yang cek ni tak pandai jaga laki . Hang ingat hang buat macam tu ,hang diketogorikan yang pandai jaga laki kaaa ? Hang habak dekat cek siapa cikgu agama hang ?(amboiii ,marah :P).
Over all Olla tak kesah dia nak buat apa tapi satu je Olla nak pesan dekat semua readers yang baca post ni . Kalau kita nak nasihatkan orang ,kita renung diri kita dulu . if kita dah cukup perfect baru lah kita nak nasihatkan orang and orang boleh terima teguran kita tu dengan rela hati :).

Takkan orang tegur kita jangan isap rokok tapi orang yang tegur kita tu sebenarnya penagih dadah ?! Tentu kita tak nak ikut apa yang dia tegur right ?


Macam mak ketam ajar anak dia jalan lurus . Memang tak lah jeppp !
Hang tu jalan senget tapi nak ajak orang jalan lurus ? Hang gila apa ?!
Pikie guna otak dok hang ni ?


Apa-apa pun readers sekalian ,jangan sentap yer apa yang Olla tulis . Olla bukan apa . Memang macam ni style Olla :)
Siapa-siapa yang terasa tu minta maaf yerr ,serius tak sengaja :).
Hope tak makan dalam ekk ? :P


Tuesday, October 23

Kejutan -.-?




Assalamualaikum  ya readers sekalian . Anta apa kabar ?
Ada sihat ka ?hahaha :D.
Jadi mak-arab pulak . Macam biasa kalau saya post ni mesti nak share something dekat korangkan tapi sebelum tu nak kena buat ayat macam sebelum ni .
Today saya nak share ....hahahah ,biasa sangatkan tengok ayat ni dekat post saya :). Dah terbiasa ,nak buat macam mana :).
Apa-apa pun korang apa kabar ? Haa awak ! Ye awak lah yang sedang membaca post saya ni ,da mandi ke belum ?
BELUM !? Nak kena babab ni ~hahaha .
Nak bermanja dengan korang pulak ,biasalah dah lama tak share post dekat korang semua yang handsome-handsome and cute-cute ni . Dah bersawang Blog saya :D. Okey back to normal :).

Saya nak kongsi cerita dengan korang pasal kejadian yang berlaku pada hari Selasa ,24 Oktober 2012 . Ceritanya berbunyi macam ni ~*berbunyi pun boleh ...

Pada 24 Oktober 2012 ,SMK Bandar Baru Ampang tingkatan 4Delima dikejutkan dengan satu kejadian yang tidak dapat dilupakan oleh pelajar kelas tersebut .*termasuk saya :( . Alahh ,drama sangatlah ! Kalau macam ni ,macam mana nak habis cerita ! Okey okey ,normal sudah ~

Adalah seorang mamat ni ,nama dirahsiakan ,dia search jawapan dekat Internet melalui phone dia . Dia tu duduk barisan paling depan and berhampiran dengan pintu . Dia punya kusyuk layan internet ,tiba-tiba ada suara perempuan yang memekak dekat tepi kelas kami .
"Ehh apa tu ?" ,rupa-rupanya cikgu sekolah kami punya suara . Cikgu tu dia dah nampak mamat tu bawa phone . Dengan selamba ,cikgu tu masuk kelas and ambil phone sambil berkata "Terima kasihhh ~" .
Satu kelas tercengang masa tu and semua memerhatikan mamat tu . Dari rupa mamat tu nampak cool tapi sebenarnya ,hanya Tuhan saja yang tahu apa perasaan dia sebenarnya :(

Dalam beberapa minit kemudian ,kami semua sambung menjawap kertas soalan yang sudah 1jam 15minit diberikan . Sedang seronok menjawap soalan yang AGAK senang ,tiba-tiba !

"Siapa yang bawak phone bagi dekat aku sekarang !"
Suara yang garau berbunyi . Saya pun cuba menoleh ,belum sempat menoleh ,saya dah boleh meneka siapakah gerangan orang yang bersuara garau itu . BAHH ! Memang betul tekaanku ! Cikgu disiplin yang berdekatan dengan pintu . Aduiii ! Saya hanya mampu melatah didalam hati saja kerana begitu takut melihat jelingan matanya yang hampir tersembul biji matanya . Cikgu disiplin kami meminta semua pelajar mengaku siapa yang membawa phone tetapi seorang pun tidak mengaku jadi di situlah bermulanya scence yang kami tidak mahu ia berlaku ! Bukan saja kami ,malah semua pelajar sekolah tidak mahu scence itu berlaku .


SPOTCHECK !
Ohh My Gucci ! Saya tidak bersedia dengan kejutan seperti ini !
3orang cikgu bergabung tenaga untuk menyepotcheck pelajar .*ada ke ayat macam tu ?
Semua pelajar perempuan lepas tetapi pelajar lelaki ..... sungguh kasihan .
Pendekkan cerita ,2orang pelajar kantoi membawa phone .

2orang pelajar lelaki ,duduk dibarisan hadapan ,duduk bersebelahan and Blackberry user . Kertas soalan ditarik dan dibuang sekolah :(

Sayangnya ,BB kena rampas macam tu jeee !
Kalau saya ,dah melalak minta maaf dekat cikgu tapi dorang boleh diam je . Hebat betul ego orang lelaki ni ek . Sampai perkara macam tu pun dorang nak bawak lagi ego dorang tu ketengah ?! Hebat hebat ~
Walauapapun ,kita kena berhati-hati jika nak buat jahat ni . Kena fikir panjang . Kalau tak ,itulah padahnya :-/

Tan Crown