Tuesday, May 14

Le Cousin II


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua hamba-hamba ciptaan-Nya .
Sudah makankah kalian semua ? Ni mesti ada yang belum kan ? Macam mana nak makan kalau dah menghadap screan tu 24jam tanpa henti . Cuba stop and pergi jamah makanan sikit . Tak adalah masuk angin perut tu nanti . Apa pun harini  aku nak sambung kisah pasal sepupu aku yang ajak aku keluar tu . Ingat lagi ke korang ? Kalau tak ingat boleh tengok older posts aku . Cerita pasal dia tu . So inilah sambungannya . Opss ! Sebelum terlupa ! Aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki sebab dah lama tak update sebab terlalu sibuk dengan exam ni . So ampun ye ..

Okey ,ceritanya bersambung begini . Pada hari tu ,dia ajak aku untuk teman dia beli barang-barang keperluan dia dekat asrama . So korang rasa-rasa aku pergi ke ? Hahahah ,aku pergi sebab ibu dan ayah aku suruh temankan dia . Wow ,pelik sungguh perbuatan ayah aku yang sangat straight tu . Kali ni dia boleh bagi aku keluar berdua saja dengan lelaki . Hebat permainan dia ,hahahaha . Apa pun aku bersyukur sangat dengan tindakan ayah aku tu . Dalam pukul 11 kitorang janji nak jumpa dekat Sogo tapi disebabkan kegedikan aku yang mandi slow ,pakai pakaian slow and semuanya slow mengakibatkan pukul 12 tengahari aku baru sampai dekat LRT . Wow ,masa dekat dalam LRT aku tak rasa apa-apa pun tapi bila sampai je station Hang Tuah ,aku dah start menggeletar lutut . Dada aku yang ingin melompat saat tu aku tahan sebab ramai orang dalam LRT time tu . Sampai je station Bandaraya aku dah panik . Apa ayat pertama yang aku nak cakap dengan dia . Biasalah kitorang nama je cousin tapi balik je kampung langsung tak bertegur sapa . So bila nak berjumpa berdua ni buat aku malu dan segan tahap maximum . Korang nak tahu siapa yang nampak siapa dulu ? AKULAH ! Aku yang nampak dia dulu dan itu yang menyusahkan aku . Kalau dia nampak dulu bolehlah dia yang tegur aku dulu . Tapi nak buat macam mana sebab masa tu dia sibuk pandang ke arah lain . Termenung agaknya . Aku pun menahan pipi yang sudah memerah tu dan tegur dia dengan selamba . Dia pusing je belakang aku tekejut sakan sebab aku tak dapat nak tahan cara dia pandang aku dengan penuh hormat tu . Ya Allah ! Masa tu dalam hati aku ni berkocak-kocak tanpa henti . Muka yang mula memerah tu aku tak tunjukkan dekat dia . Aku hanya menundukkan kepala .

 Kami mula berjalan ke arah Sogo dan aku terdengar ayat yang keluar dari mulut dia yang membuatan aku geram dan rasa nak baling dia ,"Atin dah tembamlah" . Ayat tu betul-betul makan dalam dan tak boleh tidur malam kalau teringat ! Nasib cousin ,kalau kawan dah makan tumit dah dia tu . Aku hanya buat tak tahu dengan apa yang dia cakap . Aku perasan ada sebuah beg kotak yang besar yang di bawa oleh dia . Rupanya dia dah beli apa yang dia nak . Then kenapa dia nak ajak aku juga kalau memang dia dah beli semua tu ? Hesy dia ni ,aku betul-betul tak faham . Selepas kita orang meronda dalam bangunan Sogo tu ,kita dah setuju nak pergi makan dekat Masjid Jamek . Nak makan pun nak pergi jauh-jauk ke ? Erk ! Kami singgah dekat Macdonal yang dekat-dekat dengan station LRT Masjid Jamek . Dia belanja aku burger tapi sayang aku tak tahu apa nama dia ,hahaha . Kalau aku tahu tentu aku dah selalu order . Dalam beberapa minit lepas kami makan ,kami singgah sekejap dekat pasar pagi belakang Macd tu . Aku memang dah lama nak cari kasut heels ,so alang-alang aku beli je dekat sana . Lagipun murah semua barang dekat sana dan cantik-cantik semuanya . Aku cari heels ,tapi bila aku tengok belakang aku ,aku tak nampak dia ! Eh ,mana pula mamat ni ? Takkan dia dah tinggalkan aku dekat sini ? Hurm ,sampai hati dia tinggalkan aku tanpa bagi tahu aku . Lepas aku bayar ,aku keluar dari tapak kedai tu . Aku berjalan tak sampai 4tapak ,aku dah nampak kelibat dia . Rupanya dia ada dekat kedai sebelah . Lah ,mamat ni dia pergi belanja juga ke ? Hesy ,risau je aku . Wah ,taste dia boleh tahan . Baju T yang berkolar tu memang cantik . Ingatkan cousin skema aku ni tak pandai bergaya ,hahahah . Selepas kia orang berbelanja dekat Masjid Jamek ,kita orang pun teruskan perjalanan pergi TimeSquare . Saja jalan-jalan habiskan masa . Lepas tu terus kami balik . 

Sangat seronok hari tu . Hanya Tuhan saja yang tahu bertapa gembira dan PENATNYA HAMBA-Nya . Apa pun ,aku akan rindukan saat ini dan tak akan terpadam sampai mati :)

No comments:

Tan Crown