Friday, April 19

Le Cousin ♥


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua . Semua sihat ? Mudah-mudahan semua sihat belaka .
Harini hari yang paling menggembirakan aku . Bukan sebab aku dapat hadiah atau jalan-jalan ,tapi sebab cousin aku . Nak tahu apa yang gembira sangat pasal cousin aku ni ? Korang mestilah nak tahukan . Kalau tak buat apa korang baca .

Korang tahukan aku dengan Coconut Tree dah menjadi kenangan je ? Korang tak tahu !? OMG ! Korang ni jahatlah . Aku dah cerita dah dekat post yang lain . Tak apa ,nanti korang baca okey . Dalam beberapa hari yang kekosongan bagi aku ,tiba-tiba phone aku berbunyi pada waktu selepas solat maghrib . Aku tak tengok siapa yang mesej sebab aku rasa mesej tu tak penting sebab ibu dan ayah sudah berada dirumah . Bagi aku mesej yang penting tu dari mereka tapi itu sekarang . Dulu ada lagi seorang hamba Allah yang aku rasakan dia penting dalam hidup aku . Okey back to the story ,dalam beberapa minit kemudian barulah aku tengok mesej tu . Aku agak terkejut dengan nak pengirimnya . Nombor tu memang aku ada save so aku agak terkejut bila tengok nama pengirim yang tertera di screen handphone aku . Cousin aku yang dulunya tinggal di Perak sebab di besarkan di Perak tapi sekarang dia tinggal di Cheras sebab belajar dekat sekolah teknik . Aku pun bacalah isi mesej tu . Yang ada cuma nama aku "Fatin !" . Dia mesej aku hanya panggil nama aku ? Apa masalah cousin aku sorang ni . Dah gilakah ? tapi sebab cousin aku reply lah ,kalau orang lain memang tak akan aku reply ! Dalam beberapa minit je aku dapat mesej darinya lagi ,dia tanya aku buat apa dan sebukkah aku . Manalah tahu dia risau mengganggu aku . Aku pun reply yang sepatutnya . Kami bermesej sampailah waktu isyak . Lepas solat isyak kami sambung semula bermesej . Tiba-tiba dia meminta izin untuk menelefon aku . Korang nak tahu problem aku apa bila dia ajak call ? Aku tak pernah bercakap pun dengan dia walaupun kami cousin sebab bila balik kampung aku mesti duduk dalam bilik atau dekat dapur . Kalau ke rumah dia pula ,aku mesti duduk belakang ayah atau ibu aku sebab aku terlalu malu dengan dia . Tak tahu kenapa ,tapi itu yang aku pelik sampai sekarang . Aku dengan orang lain tak pernah ada timbul perasaan malu tapi dengan dia ,cousin sendiri ada perasaan malu . Kebengongan apakah ?

Aku cuba untuk mengelak tapi dia tetap memujuk . Aku berlembut hati selepas di pujuk oleh ibu aku supaya answer call dari dia . Ibu aku tahu setiap mesej atau panggilan dari sesiapa pun . Aku selalu share dengan ibu so ibu pun suruh aku answer . Aku masuk bilik ,aku ambil position yang selesa di atas katil ,aku answer . Ya Allah ! Kau saja yang tahu betapa malunya aku untuk menjawap salamnya . Aku cuba untuk menyembunyikan suara getaran sebab aku kalau segan aku takut mesti automatic nak mengalir air mata . So aku pun cuba bersembang dengan dia secara tidak formal . Aku dengan dia habis call sampailah pukul 1:30 am dan dia meminta aku untuk call lagi . Dia tak bagi tahu aku kenapa dia nak call lagi tapi dia sempat mengada-ngada mengeluarkan kata-kata yang membuat aku serba salah kalau menjawap "TAK BOLEH" . Jadi aku cakap okey tapi kalau dia mengantuk ataupun nak buat sesuatu ,pergi saja . Jangan tangguh-tangguhkan . Dia terus menelefon aku tidak lama lepas tu . Terbukti kami sudah biasa dan selesa berbual yang pada awalnya agak malu-malu kucing gitu . Selepas beberapa minit berlalu ,dia menceritakan kepada aku yang dia sudah menjadi seperti aku (single) selepas beberapa hari yang lepas . Dia ceritakan A sampailah ke huruf terakhir Z . Memang kesian bila mendengar ceritanya tapi nak buat macam mana ,semuanya datang daripada-NYA . Kita sebagai umatnya kenalah bersabar . Selepas 1jam berlalu ,phonenya pun mati dengan sendirinya sebab kami calling menggunakan super saver ,lebih jimat . Aku ingatkan dia dah bersedia untuk melelapkan mata tapi tidak . Dia sambung untuk mesej dengan ku . Ya Allah ,sampai pukul 3am kami berhubung . Tapi memang best berborak dengan dia sebab dia tak pernah mengeluarkan kata-kata yang membuat aku sakit hati malah dia seorang yang menghormati kaum Hawa ini  . Sungguh selesa jikalau sesiapa yang berbual dengannya . Aku pun termasuk dalam list yang selesa dengannya .

Apa pun dia ada ajak aku untuk menemaninya pergi mencari kasut di KL . Tapi aku belum lagi bagi keputusan . Ya Allah ,nak pergi ke tak ni ?

No comments:

Tan Crown