Wednesday, October 2


-Bismillahirrahmanirrahin-
Assalamualaikum ya habibi :D Ini hari ana mau kongsi ini satu ceritalah .
Mengada pula guna dialek arab ni . Okey ,harini aku nak sembang pasal kawan .
Kawan tak semestinya perlu ramai . Dua orang pun sudah cukup untuk dijadikan kawan . Jadi aku ada empat orang kawan baik yang faham aku . Ada lagi yang lain tapi mereka berlima ni saja yang faham aku dan yang tak pernah bosan dengan perangai kebudak-budakan aku . Disini aku nak kenalkan empat sahabat segila aku .

Yang pertama namanya Jasmin bt. Johan dan dikenali sebagai Min . Aku dengan Min kenal dari aku baru masuk sekolah baru ,SMK Bandar Baru Ampang . Dia anak bongsu dalam tida orang adik-beradik . Seorang yang manis ,peramah ,ayu dan tak pernah merungut apa yang orang buat terhadap dia . Dia orang pertama yang tegur aku masa aku baru menjejakkan kaki ke SMK Bandar Baru Ampang . Dia seorang je kawan aku yang tahan lama dengan aku :D

Sahabat kedua ialah Aminatul Kuswa bt. Anas . Ramai yang panggil dia Mina dan dia akak kepada tiga orang adik yang sekarang masuk keenam adiknya . Dia bermata empat dan cermin mata dia selalu menjadi bahan gelak kepada semua yang memandang tetapi bagi aku cermin mata dia sangat comel untuk dia sebab dia lebih selesa dengan penglihatan yang terang tanpa halangan . Dia seorang yang permanah SANGAT dan kadang-kadang gila yang melampau sampai tak ada sifat malu :D

Kawan aku yang ketiga dan keempat aku ceritakan sekali sebab mereka tiada perbezaan . Sama-sama comel dan sama-sama bam bam . Suhailah bt. Safie dan Saidatul Nasihah bt. Zamberi nama diberi . Suhailah dikenali sebagai Sue dan Nasihah sebagai Apple . Mereka selalu ada bila aku perlukan orang untuk gembirakan hari aku yang suram . Kadang-kadang menjadi bahan untuk aku gelakkan mereka kerana sifat lawak tak bertempat mereka dikhalayak ramai .

Walaupun kami ramai musuh tapi kami tetap dengan pendirian kami untuk jadi diri sendiri . Tak ada penting apa kata orang kerana kami tahu siapa yang betul dan siapa yang salah .

Semoga hubungan kami kekal selamanya hingga Jannah :)
Amin ~



No comments:

Tan Crown