Friday, February 13

Hantaran


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum alam maya yang telah lama aku tinggalkan. Lama sangat aku tak update sampaikan password pun aku lupa. Alhamdulillah umurku sudah pun masuk 19tahun bulan ini. Rasa gembira bila angka umur makin meningkat tapi ada yang kata bila umur sudah naik hingga ke angka 20, terasa mahu kurangkan angka umur yang dulunnya seronok melihatnya naik. Itu bermakna umur 19 tahun lah umur terakhir aku nak enjoy-enjoy ni. Kena enjoy puas-puas ni. Lepas ni dah busy nak kerja, cari duit, cari rumah dan cari suami. Aik cepatnya. Biasalah geng, setiap perhubungan ingin diakhiri dengan perkahwinan. Jadi aku juga nak kahwin. Encik Perfect 100% dah ada so inilah masanya untuk fikirkan langkah seterunya hubungan kami.

Korang rasa bagus ke kahwin awal ni? 25% kawan aku dah kahwin. Tengok macam seronok je, tak sabar pula rasanya. Bukan gatal tapi nak halalkan segalanya. Ini tak, dating je rasa was-was bila nak tengok wayang,nak pergi taman dan macam-macam lagi. Kalau dah halah tak risau pun kalau nak dating. Kawan aku kahwin sambil belajar. Walaupun tak duduk sama dan tanggungjawab masih pada keluarga  tapi hubungan mereka sudahpun dihalalkan dan tak haram bagi mereka ingin berpeluk atau keluar berjumpa dihujung minggu. Lebih baik kahwin awal. Taklah banyak berlakunya maksiat, zina dan fitnah orang. Kebanyakkannya remaja yang ingin kahwin dihalang oleh keluarga perempuan kerana wang hantarannya. Jika tidak mengikut apa yang diminta oleh keluarga perempuan, si lelaki tidak lagi boleh meminang anak perempuan mereka. Bila dah ada duit pula, wang hantaran yang diminta melampau benar. Alasannya anak perempuannya ada pangkat,ada kejayaan dan macam-macam lagi. Sedangkan dalam islam ada berkata, kahwin kerana AGAMA, RUPA dan HARTANYA. Jadi harta yang ketia. Bila dah buat penerangan mulalah ayat yang typical akan keluar dari seorang mak "Habis kau nak bagi anak orang makan apa? Batu? Pasir?" Ohh please lah wahai kaum-kaum ibu a.k.a makci sekalian, cuba guna ayat lain. Dah naik muak aku dengar ayat tu je. Cuba guna ayat "Habis kau ingat anak aku kucing minum air takungan je?" huh kan gempak sikit. Sambil arah boleh juga ketawa.


Ada pula yang kata "Biarlah kau keluar jumpa hari-hari dari kau kahwin sekarang. Kumpul duit dulu sampai cukup". Jual anak ke makcik? Kalau gitu makcik, siapa nak kahwin dengan anak makcik. Bila dah jadi macam tu, mulalah remaja ni lari ke Thailand kahwin free then bila kantoi buang anak, halau anak keluar dari rumah. Malaysia ni penuh dengan drama sungguh! Bila tak izinkan anak nak kahwin, tu jadinya berzina. Buang bayi sana-sini. Sampaikan pembuangan bayi ni jadi tren orang Malaysia! Wahai makcik makcik sekalian, hantaran mahal-mahal kalau otak bagus je tak guna kalau tak pandai masak ikan patin masak tempoyak. Lipat baju pun senyet, yang paling sadis, masak air pun kering?! Apa cerita hantar 5 angka ke atas. Kalau anak perempuan tu tak social, pandai agama, pandai kerja dapur dan yang paling penting, berbudi bahasa 10 angka pun orang sanggup. Bila dah 5 angka kau minta dengan budak sebaya anak kau, tak jadi kahwin le. Lepas tu siapa je yang kahwin dengan anak makcik? Orang tua gatal yang dah ada 2 bini yang nak dekat anak makcik sebab mereka ada duit untuk bayar hantaran makcik yang macam pinjaman bank. Bila anak nak kahwin dengan orang tua kata tak sesuai " laki kau dah sama baya dengan aku ni dah kenapa?". So apa yang makcik nak sebenarnya? Kalau gitu anak dara tua lah jawabnya.

Tan Crown