Saturday, October 18

Akhir Zaman? Ya Allah


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Malam miggu semua keluar hang out dengan rakan-rakan tapi aku pada malam minggu duduk didepan lappy sambil update blog dan blog walking other friends. Terdapat satu blog yang menyebarkan kata-kata semangat untuk saudara sesama Islam aku di Gaza untuk terus berjuang untuk menuju ke syuga-Nya. Ada juga yang di-post oleh pemuda tersebut tentang petanda akhir zaman yang bakal tiba tapi kebanyakkannya sudah terlihat kini.

Yang mengejutkan aku, sudah banyak petunjuk yang berlaku didepan mata kita tapi manusia yang masih hidup ini tidak sedar-sedar lagi apa yang patut kita lakukan. Bukankah sudah tiba masanya kita mencari bengkalan untuk dihitung pada alam terakhir kita nanti. Jadi bagaimanakah kita sebagai umat Islam untuk menyedarkan semua orang yang berdekatan dengan kita dan diri kita sendiri? Sudah pelbagai kejadian berlaku tapi tidak diendahkan. Semua kasihan dan post tentang kejadian yang berlaku tapi masih banyak juga pembuangan bayi berlaku.. Masih lagi ada yang mengikut ajaran sesat. Jadi bagaimana?

Marilah kita berdoa beramai-ramai agar kita perginya dengan tenang dan bukan dengan ketakutan. Doa ialah senjatan untuk umat Islam. Semoga doa dan amalan kita diterima-Nya, Amin ~

Wednesday, September 17

Minah Awkward !


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum to all reade or to all blog walking . Selamat pagi kawan-kawan . Hari ini aku terbangun awal pula jadi ada masa pula nak update blog . Selepas solat terus update . Dah lama sangat aku tak update ye . Ni semua gara-gara masuk alam kolej . Busy dengan assignments ,dengan kerja berkumpulan ,debatnya lagi dan siapkan report perbentangan . Tak sangka bukan mudah bergelar mahasiswa/mahasiswi ni . Dulu masa sekolah tak siap kerja kurang-kurang kena denda je . Tapi bila sekarang tak siap kerja boleh rugi duit PTPTN aku kalau tak lepas sem . So setiap sem kena dapat result bagus !

By the way hari ini aku nak share satu cerita yang agak panas bagi aku sebab dia dah mengganggu hak asasi aku . Ini bukan poyo tapi yoyo . Hahaha ,okey back to be serious ! Alah bukan serious mana pun cuma dia ganggu Minion . Dia tu perempuan so nak buat macam tu dekat public dengan Minion . Terang-terang Minion datang dengan aku ,duduk dengan aku ,orang pun boleh fikir Minion tu siapa dengan aku jadi tak ada alasan kalau nak kata dia tak tahu aku dengan Minion tu have relation . Bak kata orang tua ,tengok pun dah tahu . Tapi minah ni maca blur je ,macam tak fikir hati orang lain . Okey mybe korang tak faham sebab aku tak cerita lagi apahal dengan minah tu kan ? hahaha biasalah ,hati sudah geram mestilah tak sabar je nak bercerita . Tup tup dah habis je ,hahahaha . Okey macam ni ceritanya ...

 Aku dengan Minion pergi padang yang berdekatan dengan taman rumah Minion . Dekat situ ramai kawan-kawan Minion tengah practice Bboy dan ada juga budak-budak lain yang tengah have fun main dekat playground . Entah dari mana ada seorang minah datang berdekatan kitorang then gedik-gedik dengan kawan-kawan Minion . Tumbuk sana sini then tertiba dia datang berdiri sebelah aku terus bersua dekat Minion "nak salam ?" aku terus terdiam dan sedutan air ice blanded aku terhenti gara-gara dengar ayat tu keluar dari mulutu minah tu . Aku tak memandang pun minah tu sebab tak ada mood nak pandang orang lain selain Minion aku . Tapi Minion pandai jaga hati aku ,dia terus bagi perempuan tu malu "taknak aku ,kau bukan muhrim aku" aku terus angkat kepala pandang muka Minion ,tapi dia tak memandang aku pun . Aku rasa bangga dengan tindakan Minion tu sebab dia tak tergoda dengan minah macam tu . Minah tu dah la sexy ,hot then group penny pula . Jadi Bboy dengan Penny memang boleh rapat . Tapi alhamdulillah Minion jaga semua tu untuk aku .

Tapi itulah yang aku pelik . Minah tu boleh 'buto' kan Minion lepas Minion cakap macam tu . Nampak sangat dia memang nak gedik dengan Minion . Lagipun ,kalau dia nak salam atas niat untuk hormat ,kenapa dia tak salam aku lepas tu ? Kenapa dia terus blah . Dia panggil nama Minion then cakap nak salam ? Aik ,apa motiv dia ? Yang lagi menyakitkan ,sebelum tu dia pernah cakap dekat Minion "Kau tak ingat aku kan ?" then buat mmuka sedih lah konon ! Haish pelik-pelik awek zaman IT ni . Kaki rampas satu hal ,kaki rosak hubungan lagi satu hal . Ikutkan hati nak je tapak kasutkan muka dia tu . Tapi aku fikir perangai tak matang je jadi aku perlu jadi matang . Walaupun dia tu kawan kepada kawan Minion ,dia tak boleh buat macam tu depan aku . Bukan dengan aku je ,dengan semua . Nak salam bagai ,haish sakit pula hati kita ni !

Tapi tak apa ,Minion cukup memahami hati aku dan dia memang akaan jaga hati aku . Aku bangga apat orang yang malu dengan perempuan lain . Aku bangga dapat dia . Korang doakan kami hingga ke Jannah ye ? Amin

Friday, August 22

Mr. Awkward ? Annoying me !


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum to all reader . Malam ni malam yang sunyi sepi untuk aku sebab aku keseorangan di dalam bilik tanpa sesiapa menemani aku . Ibu dan ayah seuma sebuk dengan urusan masing-masing dan buah hati sebuk dengan kerjanya . Jadi malam ni aku ada masa untuk update . Cakap pasal update ,lama juga aku tak update semenjak puasa kan ? Hurm maaf atas ketidak perhatian aku ni . Aku busy dengan kolej dan busy dengan kehidupan au sebagai seorang anak dan buah hati Minion . Assignment berlambak sampai tak sempat nak layan social media . Yang aku layan pun hanya Wechat . Whatsapp pun kaddang-kadang bila parenyts aku cari aku . Instagram tengok keadaan kalau ada gambar nak post . Bila sebut pasal teringat pula dengan kejadian yang berlaku pada aku dekat kolej . Korang seua mesti nak tahu kan ? Kan kan kan ????

Ada seorang hamba Allah dan kaum Adam yang digelar oleh aku Mr. Awkward disebabkan perangai annoying dia . Nak tahu apa yang annoying ? Kalau korang ada bf/gf ,korang berani ke panggil bf/gf orang lain dengan panggilan sayang sedangkan korang tahu dia dah berpunya ? Mesti annoying gila kan sampai batak macam tu . Aku bukan nak bajed lawa ke ,nak bajed cantik ,nak bajed hot ke apa tapi ini yang berlaku . Dia dah ada buah hati and buah hati dia bapak comel ! Tapi dia boleh batak dengan aku sampai setiap hari cari aku dekat kolej . Aku tak tahulah dia tu playboy ke apa tapi dia tu mengaku yang dia dah ada gf tapi bila dengan aku panggil sayang sayang . Hurm apa punya pelik si Mr. Awkwad ni . Dia macam tak faham apa perasaan gf dia kalau gf dia dapat tahu bila dia buat macam ni . Dia ingat tak ada siapa nak dekat gf dia . Gf dia tu bapak comel ,sekali senyum semua datang ! Tapi tu lah ,Mr. Awkward tu tak bersyukur . Kalau nak cakap pasal playboy ,aku tak pernah pula nampak dia dengan perempuan lain dekat kolej . Tapi dia selalu juga layan aku dekat Wechat . Op op op ! Jangan fitnah okey ,aku layan dia sebagai kawan je okey . Tak lebihh pun . Aku setia pada Minion . 

Tapi apa-apa pun bukan itu yang aku nak cerita . Yang aku nak cerita pasal Minion aku jealous dengan Mr. Awkward tu . Hurm aku juga yang salah pergi layan tapi dah aku anggap kawan . Lagipun aku tak penah lagi bercakap dengan dia depan-depan . Dia hanya chat dengan aku je . Tapi pernah sekali dia tegur aku depan-depan . Itu pun terserempak and tak ada ramai orang . Mr. Awkward tu malu nak tegur kalau ramai orang ,katanya . Tapi itu kali pertama aku dengar suara dia . Tu pun last aku dengar . Lepas daari tu aku dah tak dengar dah . Aku hanya nampak dia senyum je ,bercakap dah tak ada dah . Dan dalam waktu terdekat ni ,dia masuk class aku sebab subject programming kami sama lecturer . So aku selalu juga nampak dia sekarang tapi tak tenang bagi aku sebab Minion tak suka so aku taknak cari penyakit . Tappi Mr. Awkward tu saja cari masalah . Ada ke dia pergi cubit pipi aku masa aku nak keluar dari class programming 2 minggu lepas . Dan itu kali terakhir aku nampak dia sampai sekarang . Aku dah tak nampak dia dah sejak dari sense tu . Aku lari ? Eh taklah ,aku cuma ada masalah yang tak boleh di elak contohnya sakit . Tapi sejak kejadian dia cubit pipi aku tu ,macam ada halangan je nak berjumpa dengan dia . Macam dah dirancang supaya aku tak berjumpa dengan dia . Mungkin dia akan membuatkan hubungan aku dengan Minion rosak kot ? Allahualam . 

Thursday, June 26

Budak Kolej Tak Guna !


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum geng !!! Hah ,hari ini aku badmood gila . Nak tahu kenapa ? Sebab semua orang yang dekat dengan aku buat taik dengan aku ! Rasa macam nak hentak kepala mereka-mereka yang sakai itu ke dinding ! Dh kenapa aku skema sangat ni ?! Ni semua gara-gara badmood aku ni lah !!! Aku jadi tak betul !!!

Aku dahlah letih dengan semua assignments yang lecturer bagi dekat aku then boleh pula budak kolej buat hal dengan aku ! Ada ke buruk-burukkan nama aku ?! Dahlah burukkan nama aku ,then cerita dekat orang atasan yang aku ni macam jalang ? Kau memang nak matilah wahai hamba Allah ! Nasiblah aku rasa benda ni perkara bodoh ,jadi aku let it go je ! Kalau tak dah nazak budak tu aku kunyah macam kunyak sirih !

Tak sangka aku ada juga budak nak jatuhkan aku dekat kolej ni . Aku ingatkan dekat sekolah je orang benci aku ,rupanya dekat kolej pun ada yang nak tengok Kak Ros pukul adik-adik . Haisshhh ,aku bukan main lembut bila dengan diorang tapi diorang pijak kepala pula . Tu yang aku pelik tu . Aku tak tunjukkan sangat perangai kasar aku ni tapi ada juga saja nak cari publicity murahan dan jalang ni . Biasalah budak-budak ,tak matang lagikan . Tak apa ,nanti Kak Ros ajar ye ?

Sunday, June 1

Muhammad Amirul Hafiq Bin Huzainy


-Bismillahirrahmanirrahim-
Selamat malam warga blog sekali . Hari ini aku muncul semula setelah sekian lama mendiamkan diri dari post cerita di blog kesayangan aku ni . So pada post hari ini ,aku ingin memperkenalkan siapa Monkey kesayangan aku yang aku cerita selepasaku break-off dengan Coconut Tree . Memang aku pernah cerita tapi aku tak tunjuk gambar untuk tontonan anda sekeluarga ,hahhaahahh over pula aku ni .

Aku mulakan dari awal ye .Namanya Muhammad Amirul Hafiq Bin Huzainy dan umur sudah masuk 18tahun sama seperti aku . Dilahirkan pada 30 Mei 1996 . Cara kenal mesti you all gelak and rasa nak carut . Kami asal jadi musuh dan jadi kawan dan jadi bestfriend dan jadi buah hati . Kalau nak tahu macam mana kami kenal dengan lebih mendalam baca older post Monkey ni ye . Malas nak cerita benda yang pernah aku cerita dulu . Rasa macam copy and paste . So batter you all baca je ye sayang .

So itulah Monkey kesayangan aku . Alhamdulillah kami sudah masuk tiga bulan dalam hubungan tetapi kami bersyukur kerana kami masih bahagia . Walaupun baru tiga bulan tapi banyak yang telah kami tempuhi bersama . Alhamdulillah masuk hari ini ,lagi 25 hari dia akan balik dari PLKN dan tak akan berjauhan dari aku lagi . Seperti biasa aku akan meminta you all semua mendoakan kebahagiaan kami hingga ke anak cucu cicit ,hahahah ini penting okey . Dan sekarang aku akan kongsikan gambar dia bersama you all okey . Dan ini ketika dia ketawa bila cakap I love you Ros di padang .

Nampak bertapa tingginya dia bila dibandingkan dengan aku .

Kami nampak macam adik-beradik ? Huh ramai orang cakap -.-'

Tuesday, February 18

Tak Sanggup Berjauhan


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum warga blogger sekalian . Kabare ? Sihat ? Hahaha ,berbahasa Jawa pula aku . Haa ! Today aku tak kerja jadi membuta je dekat rumah macam orang hilang laki . Hahaha ,memang hilang laki pun . Nasib petang tadi dapat jumpa walaupun kejap . *kejaplah sangat dari pukul empat sampai enam*. Hah ,cakap pasal meet ni teringat pasal aku dengan Monkey . Aku sekarang tengah buntu macam mana kalau Monkey masuk PLKN . Hurm ,mesti mati akal aku . Nak tahu kenapa ? Ni sebabnya ...

Kami selalu berjumpa ,setiap hari . Walaupun ada hal ,mesti jumpa walaupun 1/2 jam . Jadi kalau dia masuk PLKN ,macam mana aku dekat sini ? Siapa nak manja-manjakan aku ? Siapa yang aku nak kacau ? Siapa yang aku nak buli ? Siapa yang nak bagi aku gula-gula ? Dia selalu ada dengan aku . Kalau korang nak tahu ,aku dengan dia pernah cuba tak jumpa satu hari . Tu pun bila dah malam terus jadi blur ! Aku ni lagi teruk . Balik dari jumpa dia ,30 minit kemudian dah blur dah . Jadi macam tak tentu arah ! Inikan tiga bulan dia nak masuk PLKN !? OH TIDAKKK !!!

Kalau dia kerja lainlah . Mungkin malam atau waktu dia cuti boleh jumpa tapi ini kena berpisah atau bahasa lain kena berjauhan dengan dia selama tiga bulan . Kuatkah aku untuk terima semua tu ? Bersediakah aku dengan segala ujian ini ? Jika aku cakap ye bermakna aku tipu ! Aku tak kuat dan tak bersedia lagi ! Apa yang akan aku lakukan ?! Takkan nak halang ?! Kalau dia berubah hati masa dekat PLKN macam mana ? Kalau dia jumpa yang lagi bagus macam mana ?! Hurm ,aku tak suka ini semua ! Baru nak rasa bahagia kembali dah ada rintangan . Aku kena kuat ! Aku kena tabah dengan ujian ini . Kalau tak ,tentu aku tak akan jumpa kebahagian nanti . YES ! Kena kuat !

Apa-apa pun korang semua kena doakan yang terbaik okey . Janganlah doa benda yang bukan-bukan tentang hubungan kami . Korang tahukan betapa aku terseksa bila kehilangan orang yang aku sayang dulu . Takkan korang nak tengok aku terseksa lagikan ? Doakan aku ye geng blogger . Doakan hubungan kami kekal walau apa pun halangan dan rintangannya . Doakan kami kuat dengan segala ujian . Dan yang paling penting ,doakan kami kekal hingga ke anak cucu ,Amin ... :')

Sunday, February 16

Terus Teranglah ...


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum geng blogger . Apa khabar ? Sihatkah ? Aku harini baik je cuma perasaan tak berapa baik . Aku ada rasa sikit sedih dalam diri ni . Nak tahu kenapa ? Haaa ,ni yang aku nak sharing dengan korang harini . Al-kisah ....

Korang ingat lagi pasal Coconut Tree ? Siapa yang tak ingat ,Coconut Tree ex aku yang dari Melaka tu . Haaa ,ingatkan ? Korang tahukan berapa lama aku dengan dia ,so perasaan tu bukan senang kita nak buang . Sehingga sekarang aku masih ada perasaan yang sama dekat Coconut Tree even aku dah ada Monkey . Aku bukan nak mempermainkan Monkey . Perasaan tu datang dengan sendirinya . Bukan suka-suka aku nak ada perasaan macam ni . Dan korang tahu tak ,aku memang tengah tunggu masa untuk bagitahu Monkey tentang semua ni . Ye ye ,aku tahu korang mesti cakap aku gilakan tapi memang itu aku nak buat . Dan yang paling sadis ,aku dah bagitahu dia semalam petang . Korang mesti nak tahu apa yang jadikan ? Hurmm ,sangat sedih dan takut sebenarnya tapi tak boleh nak tipulah .

 Semalam aku cuba cakap dekat dia tapi sebelum tu aku minta maaf dekat dia banyak kali . Dia tengok muka aku macam aneh je . Dia cakap aku tak perlu minta maaf . Makan masa jugalah nak bagitahu dia semalam tapi akhirnya aku bagitahu juga . Benda pertama yang aku buat lepas bagitahu dia ,aku benamkan muka aku dekat bahu dia sebab takut tengok muka dia tapi last-last ada tangan yang memeluk bahu aku . Aku angkat kepala aku tengok dia senyum je dan mata dia nampak sayu . Banyak suara-suara setan yang berkata dalam otak aku ni tapi aku tabahkan diri untuk pujuk hati dia . Alhamdulillah dia boleh terima . Dia cakap kejujuran yang paling penting dalam hubungan jadi dia suka aku jujur dengan dia macam tu . Aku tahu ,disebalik senyuman manis dia ada air mata di belakangnya .

 Tapi janganlah korang risau ,aku akan cuba untuk buang Coconut Tree dan akan ada perasaan yang mendalam terhadap Monkey . Aku akan cuba sayang dan cinta Monkey lebih dari yang pernah aku lakukan kepada Coconut Tree . Itu janji aku ,In-sha-Allah .


Tan Crown