Friday, May 17

Dear Senior :)


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca sekalian . Harini aku happy gila sampai lupa yang aku ni tak makan dari semalam . Nak tahu sebab apa aku happy tahap dewa ni ? Haa ,meh sini akak ceritakan okey ,hahahaha . Aku harap korang tak keberatan nak baca post aku yang panjang berjela okey .

Semalam ,satu hari suntuk aku jadi kaku dan jadi patung sebab terlalu bosan duduk rumah tanpa berbuat apa-apa . Aku pun online lah aku punya Wechat dan aku terkejut . Ada satu nama yang agak familiar aku dengar dan gambar pun macam aku pernah kenal . Aku pun gatal tangan pergi click tuan punya profile . Terus terlepas phone aku dari tangan sebab terlalu terkejut . Kawan lama datang kembali . Sebenarnya dia senior aku tahun lepas then nama dia Firdaos . Orang panggil dia Os sebab lebih senang dan ringkas . Aku pun ambil phone dan tengok semula . Betul ke apa yang aku nampak tadi ? Memang betul malah dia yang 'add' aku ,jadi aku pun approved lah . Ya Allah ,betapa aku rindukan dia . Dulu dia selalu buli aku sebab aku junior dia . Kitorang mula rapat melalui Facebook dan kitorang pun dah jadi macam kawan tapi sebenarnya jumpa depan-depan pun tak bertegur sapa . Yelah ,malulah nak tegur senior ,hahahaha . Lepas dia SPM ,terus aku tak dengar khabar berita tentang dia . Terus lost contact . Lagipun kitorang cuma contact melalui Facebook je so aku pun dah jarang online . Biasalah ,Facebook ni dah makin mengarut . Tapi dengan kuasa Allah ,kitorang bertemu dekat Wechat . Ya Allah ,dengan sungguh tidak percaya ,dalam beberapa minit lepas aku approved dia terus dia chat dengan aku . Eh ,dia memang online ke ? Heheheh ,bolehlah chat dengan dia sekarang . Aku ingat nak chat dengan dia dalam beberapa minit je untuk tanya khabar tapi tak sangka sampai ke malam kami ber-chatting . Hahaha ,seronok dapat chat dengan kawan lama . Haa ,aku ada picture dia tapi sorry guys ,tak boleh tengok muka dia . Sebab muka dia terlalu handsome . Gila tak handsome ! MatSalleh Celop tu !!!

Opss ,lupa nak bagi tahu . Dia ni budak skate dan dia gilakan skate berbanding mencari AWEKSSS . So jangan berharaplah korang nak gedik-gedik dengan dia . Dia lebih sayangkan papan deck dia berbanding sayang perempuan . Tapi dia bukan GAY okey ! Dia putih tapi kurus kering . Dah macam tak ada isi dah . Tapi bila makan macam melantak ! Hahahaha ,sorry babe kutuk kau kejap . Okey ,aku dengan dia sekarang dah makin rapat . Nak tahu sebab apa ? Dia dah macam boyfriend aku sebab selalu bersama tapi kitorang masih single okey ~ Dia ni jenis yang tak banyak cakap . Dia selalu ganggu emosi aku dengan menceritakan pasal ex-boyfriend aku yang asal Melaka tu . Dia memang suka cari pasal . Bila aku tak reply chat dia ,tahu pun dia nak merajok tahap dewa . Hesy ,kau ni memang peliklah kepeng . Nasib kau senior aku ,kalau tak aku bunuh kau sebelum kau ambil SPM dulu ,hahahah . If korang nak kenal dengan dia dengan lebih lanjut ,just asking me and aku akan cerita dengan lebih terperinci . Wah ! Dah macam enjensi mencari jodoh je aku ni ,hahahahaha . Okeylah ,aku nak sambung berchatting dengan mamat ni sampai muntah . Buboiii ~

-Syukron jazilan-

No comments:

Tan Crown