Tuesday, October 8

White Coffee


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum geng . Tenang sungguh petang ni tanpa apa-apa bunyi yang menyakitkan telinga . Mungkin semua sebuk tidur petang sebab letih macam apa yang baru aku buat . Sedap tidur tadi tertiba ada mimpi singgah . Mimpi seseorang yang selalu ada dengan aku selama ni . Rindukan dia kot ,hahahah . Bila mimpikan dia baru aku sedar yang aku tak pernah post cerita pasal kehadiran dia dalam hidup aku . Dia ialah seorang yang sangat istimewa buat aku sekarang kerana dia selalu ada bersama dengan aku .

Aku tak boleh mention nama dia dekat sini sebab taknak sesiapa mengenali dirinya . Aku hanya boleh bagi nama samaran yang aku selalu buat . Aku gelarkan dia dalam post ,White Coffee . Sebab apa aku gelarkan dia White Coffee ,sebab dia hitam manis orangnya dan aku pula putih ,belagak tak aku ,hahahahah . So sebab itulah aku gelarkan dia sebagai White Coffee . White Coffee seorang abang kepada kawan baik aku disekolah lama aku dulu ,SMK Taman Kosas . Aku kenal White Coffee pun sebab kawan aku disekolah lama pernah ada hubungan bersamanya . Jadi ,kemana saja kawan aku pergi ,dia akan ceritakan tentang White Coffee . White Coffee juga pernah menjadi ex-student SMK Taman Kosas tetapi dia senior aku ,so aku tak berapa kenal dia . Tetapi ,kami menjadi semakin rapat selepas kami berjumpa semula dimajlis Hari Jadi kawan baru aku yang ke 16 . Pada mulanya aku nampak dia dan adiknya ,kawan aku dari jauh dan mula aku sedari bahawa dialah White Coffee yang pernah aku kenal dulu . Semenjak dari itu kami menjadi semakin rapat apabila dia mula spam account Facebook aku . Habis semua post aku dia like ,dan sejak dari situ bermulanya cerita kami . Dia mula mendapatkan ID Wechat aku dari adiknya dan mula berchatting . Hari demi hari ,kami mula menjadi teman sehinggakan perasaan sayang sudah mula timbul dalam perasaan aku .

Dia seorangnya ceria dan spoting walaupun pada awal perkenalan kami dia sangat pemalu orangnya . Nak minta nombor telephone pun mengambil masa yang lama untuk dia luahkan hasrat hatinya . Tetapi selepas dia mengenali Rosfatin Izati ,malunya mula kurang dan sekarang menjadi seorang yang baru . Dia sangat baik ,dan hormat akan keputusan apa yang aku buat walaupun dia rasa keputusan yang aku buat tu salah . Dia juga seorang yang sangat sayang dan bertanggungjawap atas keluarganya . Oleh sebab sikapnya yang sayang akan keluarganya ,aku sangat senang apabila bersamanya . Dia sering menceritakan tentang keluarganya kepada aku . Aku juga seorang yang sayang akan keluarga ,so aku faham jika seseorang menghina keluarga aku seperti mana yang dihadapi olehnya . Aku kgum dengan apa yang ada pada dirinya . Sekarang tidak ramai yang boleh kita dapat lihat ,seorang lelaki yang sangat bertanggungjawap atas adik-adik dan ibunya . Aku bangga mengenali dirinya . Kadang-kala kami bergaduh juga kerana manusia selalu buat silap . Tetapi kami selesaikan masalah kami sehingga menjadi seperti biasa semula . Walaupun kami berbeza umur ,tetapi banyak sungguh bersamaan antara aku dan dia .

Aku harap hubungan kami tak akan berakhir kerana dia salah seorang yang terpenting dalam hidup aku selain keluarga aku . Aku selalu perlukan nasihat seorang abang ,kawan dan kekasih darinya . Dia yang digelar White Coffee :')

Saturday, October 5

Weird Thing In 5Delima


 -Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum geng ! Long time no post ! Apa celup ? Eh ,asal gengster semacam je aku ni ? Hahah ,ni semua pengaruh cerita-cerita gengster zaman sekarang yang ditayangkan . Semua remaja-remaja sekarang jadi tepengaruh dengan gaya dan cara percakapan watak yang dimaikan dalam ceerita tersebut . Rosak rosak . Apa-apa pun aku harini bukan itu yang aku nak cerita . Ini tak ada kene-mengena dengan gejala sosial ke apa ke . Ni pasal relation . Serius babe ,aku tak sangka dalam waktu yang dekat-dekat nak SPM ni ,macam-macam aku nampak dalam kelas aku .

Orang makin nak dekat dengan ujian besar contohnya SPM ,bermaaf-maafan supaya hati tenang untuk melakukan sesuatu tapi apa yang aku nampak dekat dalam kelas aku ,5Delima lain pula . Pada awalnya aku yang dipalau ,yang menjadi sempadan antara semua budak-budak lain kerana ramai yang tak hingin berkenalan dengan aku . Tapi sekarang terbalik . Aku ramai kawan dan semua menjadi lebih baik . Yang paling penting ,orang yang tak suka ataupun yang benci aku menjadikan aku sebagai teman bercerita tentang masalah . Dan aku merasakan sesuatu dalam beberapa bulan ni ,aku lihat dalam kelas aku ada banyak kelompok . Contohnya dulu semua lelaki bersatu dan perempuan mungkin ada 2 kelompok tetapi sekarang lain . Lelaki pun sudah ada kelompok masing-masing ,perempuan bertambah cawangan kelompok baru . Cuma aku dan kawan aku Ami saja yang boleh masuk kedalam semua kelompok tu . Aku macam biasa suka mengambil tahu atau kata lain ,busybody tentang keadaan yang sebegini pelik dalam kelas aku . Aku tanya semua orang tetapi jawapan yang diberikan semuanya hampir sama ,sebab kawan makan kawan . Oh tidak . Apa yang akan jadi kalau aku sebagai manusia prihatin membiarkan masalah ini berterusan ? Adakah aku pun akan menjadi mangsa kepalauan lagi ? Oh tidak tidak tidak !


Aku rasa mungkin semua akan baik sebelum menjelang SPM . Seminggu sebelum SPM ,akan ada Majlis Restu Ilmu dan time tu akan ada maaf bermaafan . So aku harap masa tu semua akan berbaik semula . Aku nak tengok kelas 5Delima menjadi the best students of the years ! Hahahah ,cita-cita aku sangat tinggi untuk jadi tahap macam tu . Apa pun cita-cita tu penting untuk menuju kejayaan .


Wednesday, October 2


-Bismillahirrahmanirrahin-
Assalamualaikum ya habibi :D Ini hari ana mau kongsi ini satu ceritalah .
Mengada pula guna dialek arab ni . Okey ,harini aku nak sembang pasal kawan .
Kawan tak semestinya perlu ramai . Dua orang pun sudah cukup untuk dijadikan kawan . Jadi aku ada empat orang kawan baik yang faham aku . Ada lagi yang lain tapi mereka berlima ni saja yang faham aku dan yang tak pernah bosan dengan perangai kebudak-budakan aku . Disini aku nak kenalkan empat sahabat segila aku .

Yang pertama namanya Jasmin bt. Johan dan dikenali sebagai Min . Aku dengan Min kenal dari aku baru masuk sekolah baru ,SMK Bandar Baru Ampang . Dia anak bongsu dalam tida orang adik-beradik . Seorang yang manis ,peramah ,ayu dan tak pernah merungut apa yang orang buat terhadap dia . Dia orang pertama yang tegur aku masa aku baru menjejakkan kaki ke SMK Bandar Baru Ampang . Dia seorang je kawan aku yang tahan lama dengan aku :D

Sahabat kedua ialah Aminatul Kuswa bt. Anas . Ramai yang panggil dia Mina dan dia akak kepada tiga orang adik yang sekarang masuk keenam adiknya . Dia bermata empat dan cermin mata dia selalu menjadi bahan gelak kepada semua yang memandang tetapi bagi aku cermin mata dia sangat comel untuk dia sebab dia lebih selesa dengan penglihatan yang terang tanpa halangan . Dia seorang yang permanah SANGAT dan kadang-kadang gila yang melampau sampai tak ada sifat malu :D

Kawan aku yang ketiga dan keempat aku ceritakan sekali sebab mereka tiada perbezaan . Sama-sama comel dan sama-sama bam bam . Suhailah bt. Safie dan Saidatul Nasihah bt. Zamberi nama diberi . Suhailah dikenali sebagai Sue dan Nasihah sebagai Apple . Mereka selalu ada bila aku perlukan orang untuk gembirakan hari aku yang suram . Kadang-kadang menjadi bahan untuk aku gelakkan mereka kerana sifat lawak tak bertempat mereka dikhalayak ramai .

Walaupun kami ramai musuh tapi kami tetap dengan pendirian kami untuk jadi diri sendiri . Tak ada penting apa kata orang kerana kami tahu siapa yang betul dan siapa yang salah .

Semoga hubungan kami kekal selamanya hingga Jannah :)
Amin ~



Tan Crown