Friday, March 22

Isteriku Seorang Lelaki


Bismillahirrahmannirrahim .
Assalamualaikum ,salam sejahtera kepada semuaaaaa ~
Wah wah wah ,menyanyi pula Olla ni kan .
Hello friends ! Olla kembali lagi .
Hari ni Olla nak cerita pasal Isteriku Adalah Seorang Lelaki .
Tengok tajuk pun dah tahu gempakkan .

Si Suami : Muhammad Umar
: 32 tahun
Si Isteri : Fransisca Anastasya (nama palsu)
: Rahmat Sulistiyo (nama betul)
: 19 tahun

Inilah dia pasangan yang sama spesis dan suami yang malang mendapat isteri LELAKI .
Umar dan Icha menikah selama 6 bulan sahaja dan minggu kedua selepas pernikahan mereka ,Umar telah ada sedikit perasaan curiga kerana setiap kali Umar ingin menyentuh Icha ,Icha sering memberi alasan .
Setelah 6 bulan berlalu ,barulah Umar tahu bahawa isterinya adalah sama jenis dengannya .
Umar di tipu oleh Icha dari awal perkenalannya . Icha memberi tahu Umar bahawa dia bekerja sebagai pramugari di salah satu pusat penerbangan di Indonesia . Malang sungguh nasib si suami menikahi seorang lelaki .

Maafkan Aku Kerana Tidak Sempurna



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum and good morning Saturday :)
Bermulanya cuti sekolah bulan Mac . Seminggu kan cuti ?
Urm ,tak tahu lah apa yang aku nak buat dalam seminggu ni . Parents bukan dapat cuti pun ,kawan-kawan sebuk hang and Coconut Tree ? Hurm ,sama saja . Tak ada perubahan . Aku tunggu perubahan tu muncul dalam diri dia tapi ... entahlah .

Aku rasa bukan salah dia saja dalam masalah ni . Salah aku juga sebab terlalu mengongkong hidupnya sedangkan kami beru saja dalam hubungan "couple" ,so mungkin dia rasa kurang bebas . Dengan itu ,dia buat keputusan nak jadikan hubungan ni lebih renggang . Aku bukan mengongkong tapi aku hanya nak jadi caring tapi dia anggap aku cuba untuk kongkong dia . Tujuan aku buat demikian untuk dia memandang aku saja ,bukan perempuan lain . Disebabkan kejadian yang lalu ,aku berubah menjadi perempuan yang kurang percaya dengan kata-kata lelaki . Aku tak nak sejarah berulang untuk kali yang kedua .

Aku sayangkan dia setulus hati aku tapi kenapa dia seperti endah-tak endah saja ? Adakah aku banyak kekurangan yang dia tidak gemar ? Aku tak cantik ? Ye ,memang aku tak cantik tapi itu bukan alasan untuk dia buat aku seperti tunggul . Jikalau aku tidak secantik perempuan yang lain ,aku minta maaf kerana Allah s.w.t yang memberi wajah ini untuk ku dan aku bersyukur apa yang DIA berikan kepada aku .
Semuanya akan ku ubah tetapi wajah memang tidak
boleh ku ubah kerana sudah sempurna DIA menciptaku .

Thursday, March 21

Sabarlah Hati :'(


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum and hello friends .
Today is Thusday ,21 March 2013 and 11:30 p.m.
Sunyi je malam ni . Rasa macam dunia tengah tidur .
Boleh-boleh pula Olla pasang lagu Talking To The Moon by Bruno Mars .
Wah ,layanlah kalau menghayati malam yang sepi ni .
Olla hari ni tak ada cerita gempak tapi hari ni Olla cuma nak share masalah Olla .
Sekarang hati Olla rasa lain sangat . Olla curiga dengan keputusan Olla . Adakah Olla betul biarkan dia bersuka-ria bersama kawan-kawannya ? Opsss .
Sorry tak bagitahu . Orang yang Olla nak cerita ni pasal siapa lagi . The once can't be replace ,
Coconut Tree .

Korang rasa Olla patut ke biarkan dia buat apa yang dia suka tanpa pengetahuan Olla ?
Pada awalnya Olla tak kisah tapi dalam waktu yang sama dia mengambil kesempatan atas kebebasan yang Olla berikan . Olla tak kongkong dia macam dulu dah tapi tu lah . Dia still terbawa-bawa perangai lama dia . Dulu Olla selalu kongkong pun dia ambil kesempatan apatah lagi Olla bagi kebebasan kan ?
Hurm ,entahlah guys .
Olla cuba berubah demi dia tapi dia macam susah je nak berubah demi Olla .
Olla cerita ni bukan pasal apa . Suatu hari tu dia ada cerita dekat Olla pasal dia hampir-hampir melakukan kesilapan lalu .
Dia cerita ...

Masa dia makan dekat sebuah kedai makan yang berdekatan dekat tempat tinggalnya ,ada satu keluarga makan di kedai yang sama . Keluarga tu duduk dekat meja yang berhampiran dengan dia . Dia pandang keluarga tu . Tiba-tiba ! Dia ternampak salah seorang anak orang yang dalam keluarga tu . Anak perempuan lerr . Dia pandang lama perempuan tu . Perempuan tu pun membalas pandangannya . Perempuan tu cantik dengan bukti kawan Coconut Tree pun terpukau tengok perempuan tu . "Tidak dinafikan lagi dia memang cantik" kata Coconut Tree kepada Olla . Olla tak buat apa-apa sebab Olla cuba untuk mempercayai dia .
Selepas perempuan itu memandang dia ,perempuan tu pun cuba buat satu pergerakan yang menunjukkan ingin number telephone Coconut Tree . Dia pun terkejut and terus keluarkan phone and buat-buat call dengan someone and keluar dari kedai . Olla tak tahu lah betul ke tak sebab ini apa yang dia cakap ,tak tahu lah dia tipu Olla ke apa ke kan . Olla dah cakap ,apa pun terjadi Olla percayakan dia . 
Selepas dia keluar dari kedai ,kawan dia terus berkata "kalau kau tak nak bagi aku" . Kata-kata kawannya itu telah membuat Coconut Tree berfikir untuk seketika antara dia mahukan perempuan itu ataupun tidak . 
Katanya dia tidak memilih perempuan itu ,KATANYA !

Pendekkan cerita ,Olla bukan suka-suka nak halang dia berhibur dengan kawan tapi cuma Olla takut dia berkawan dengan orang yang macam dalam cerita dekat atas ni . Jadi batu api . Urm ,Olla sayangkan dia so Olla tak nak kehilangan dia buat kali yang ke dua . Olla sanggup barubah demi dia .
Olla sanggup ubah apa yang Olla tak pernah fikirkan tapi kenapa dia susah sangat nak korbankan sikit kehidupan liar dia tu ? Hurm .

Puas sikit hati Olla dapat luahkan dekat online dairy Olla ni . Hope yang lain tak rasa apa yang Olla rasa ni ye . Olla doakan siapa yang sedang dilamun cinta ,moga kekal dan sampai ke jinjang pelamin .
Amin ya robbalalamin .

Saturday, March 16

Selaput Dara Palsu


Bissmillahirahmanirrahim .
Assalamualaikum and holla friends .
Wow ,nampaknya cuaca dekat luar tu hujan lebat ye . Olla di kawasan Ampang ,so yang lain tu maybe cerahkan . So friedns ,korang pergi mana je tadi ? Olla macam biasa . Parents busy dengan kerja dekat office so tak boleh nak hang . Dengan friends ? Sorry babe ,siapa yang kenal Olla je dia tahu Olla macam mana . Olla tak macam korang yang hang sana sini tanpa pantauan dari parents . Olla lain ,anak tunggal lah katakan ,hahahaha :D.

By the way ,tadi Olla ada baca satu article dekat satu blog pasal penjualan
selaput dara palsu dekat Indonesia .
Wah wah wah ! Terlalu morden pemikiran manusia yang mencipta alat pelik ni . Makin ramailah akan memberi dara mereka dengan percuma kalau ada dara palsu ni di jual . Aduhai Kasim ~.
Kenapa alat ni dijual di muka bumi ini . Makin bertambahlah orang nak buat project sebelum berkahwin .
Bila dah kahwin ,nak tutup mata si suami yang dia still virgin pakai dara palsu .

Kalaulah di jual di Malaysia ,nauzubillah ! Kaya yang jual alat tu !
Olla pada awalnya kurang faham dengan alat yang dipanggil dara palsu . Olla ingatkan jahit balik ke ,gam ke rupanya sejenis plastik nipis yang mempunyai cecair merah didalamnya .
Olla tak pastilah cecair merah ke atau something s yang seperti jelly yang berwarna merah . Olla mana pernah beli and tak akan beli !
Tengok bentuknya dalam gambar saja dah buat Olla kecut . Kenapa perlunya benda ni dicipta ?
Tak nak kantoi dekat suami ke yang kamu pernah buat dengan lelaki lain sebelumnya ?
OMG ! Simpang malaikat 44 ,Olla tak akan membeli benda alah ni walau apa pun yang berlaku .
SERAM !

Curang


Bismillahirrahmannirrahim dan Assalamualaikum kawan-kawan .
Petang yang sunyikan hari ni . Olla mulakan cerita dengan kisah seorang lelaki yang curang dengan 15 scandalnya dalam masa 2 bulan . Olla nak memudahkan bercerita ,si kekasih perempuan tu Olla gelarkan dia sebagai gadis dan lelaki yang curang tu jantan okey then scandal-scandal lelaki tu Olla gelarkan sebagai cia boleh ? hehehe ~

Ceritanya bermula pada 3 tahun yang lalu . Gadis itu bersama jantan tu sudah hampir 2 bulan bercinta tetapi selepas 2 bulan berlalu ,hubungan tu menjadi pudar dan makin hilang perasaan jantan itu dekat gadis itu . Kesian gadis tu . Gadis tu selalu menebalkan telinganya daripada cerita-cerita yang membolehkan perempuan itu mengalah dalam hubungan bersama jantan itu .

Cerita yang selalu di dengari oleh gadis itu tentang perangai jahat jantan yang suka bertukar-tukar
perempuan seperti menukar baju . Gadis itu tabah dan sabar akan semua yang dihadapi olehnya . Dia tidak pernah percaya apa yang dikatakan oleh orang tentang kekasihnya itu walaupun dia sendiri ragu-ragu .
Jika kita sendiri di tempat gadis itu ,belum tentu kita bertahan seperti mana gadis itu lakukan . Dia tetap bersama jantan itu walaupun mereka tiada ikatan apa-apa selain kekasih .

Tetapi sabar seseorang ada hadnya . Akhirnya gadis itu berpindah dan lari apabila gadis itu mempunyai bukti yang kukuh bahawa jantan itu mempunya 15 scandal .
Selepas gadis itu berpindah ,barulah jantan tu bersungguh-sungguh mencari kekasihnya yang setia itu tetapi sayang . Jantan itu mencari gadis itu dengan sia-sia sahaja . Gadis itu sudah meninggal dunia selepas 3 hari dia berpindah kerana gadis itu di buru dan di bunuh oleh salah seorang scandal jantan itu . Scandal jantan itu memburu gadis itu kerana jantan itu tidak mahu bertanggungjawap atas kandungannya yang sudah hampir 1 bulan . Maka dengan itu dia ingin membunuh semua yang ada kena-mengena dengan jantan tersebut .
Orang lain yang salah ,orang lain yang menjadi mangsa .

Jantan itu mendapati gadis itu meninggal dan dalam beberapa hari kemudian ,jantan itu menjadi gila dan membunuh dirinya sendiri kerana lelaki itu selalu di hantui oleh bayang gadis itu dan itu membuat jantan itu menjadi tertekan dan membunuh dirinya sendiri .
Walau bagaimana sayang pun kita dekat seseorang ,janganlah kita terlalu mempercayainya dengan 100% .
Lebih-lebih lagi kaum Hawa ,janganlah sesekali menyerahkan mahkota kita kepada lelaki yang belum bergelar suami kita . Kepada gadis itu ,Olla amat kagum kerana sikap kamu yang positif terhadap pasangan kamu dan jika ada bukti barulah bertindak . Itu sikap yang bagus untuk hubungan yang kekal lama .
Hope selepas kejadian tu ,tak ada lagi jadi macam tu okey .

Friday, March 15

Buang Benda Yang Tak Sepatutnya !


Assalamualaikum .
Olla mulakan cerita dengan bismillahirahmannirahim .
Alhamdulillah kita masih bernafas lagi dengan tenang walaupun udara di bumi kita ni makin terus .
Nak tahu kenapa Olla cakap macam ni ?
 Sebab Olla geram dengan orang yang suka buang barang yang tak sepatutnya dia buang dekat tempat awal merata-rata ! Contohnya dekat tangga kawasan perumahan Olla . Ada yang bodoh BIN bongok boleh membuang isi perut dekat tepi tangga !

If kucing Olla tak kesah lagi tapi MANUSIA yang ada AKAL ! OH MY ALLAHU !
Kenapalah ada orang macam ni dekat dunia ni . Yang tu satu hal ,yang lagi satu hal ni ada juga yang buang
tuala wanita yang masih ada isi di dalamnya . WHAT THE FISHBALL ! Kenapa dorang yang buat semua tu tak ada perasaan malu ye ?!
Ya Allah . Mungkin disebabkan dorang rasa tiada yang melihatkan :).

Kalaulah kita dapat rakam menggunakan CCTV then tayangkan dekat Youtube ,mesti funtion kan kan kan :Dhahahah .

Tak apa ,Olla akan lakukan sesuatu untuk membenteras kejadian ni berlaku lagi !
Sudah tiba masanya Detective Olla menjalankan misi !

Saturday, March 2

Header Mustache :)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera .
Hari ni Olla ada buat header mustache untuk blogger yang suka default mustache .
Olla lah salah seorang yang meminati mustache sebab dia cute and trandy sangat .
Korang nak ? Ambillah ~







Sorry ler if tak lawa sebab Olla buat ni semua untuk hilangkan bosan je .
Kalau korang nak ,ambillah . No need to pay ^_^
Kalau nak tahu cara letak header ni dekat Blog korang ,cuba tengok dekat tutorial ni . 

By the way ,header ni bersaiz 1000X500 pixel . So korang boleh kecilkan kalau header korang saiz bawah 1000X500 okey :).
Selamat Mencuba .

Tan Crown