Friday, December 13

Berubah


-Bismillahirrahmanirrahim-
Cinta ? Apa itu cinta ? Adakah korang tahu maksud cinta sebenar ? Aku tak tahu maksud cinta tapi aku faham apa itu cinta . Ia sebuah perasaan yang indah terhadap seseorang . Tapi mengapa zaman sekarang ramai yang mudah untuk melafazkan kata cinta dekat ramai orang . Mungkin aku pernah buat begitu tetapi kini tidak lagi . Aku tak tahu kenapa tapi perasaan yang ada dalam hati aku hanya sayang dan cinta kepada keluarga aku . Aku tidak mencintai orang lain . Dulu mungkin ada tetapi sekarang perasaan itu beransur-ansur hilang dari diri aku . Adakah kerana aku sudah penat dengan cinta zaman remaja ni ? Aku seakan-akan merasakan aku sudah membuangkan masa aku kepada cinta yang belum tentu kekal . Sekarang aku tidak lagi ingin bercinta . Mungkin sudah tiba masanya aku serius dengan masa depan aku . Sudah cukup bermain cinta sehinggakan membazir segalanya demi cinta yang tak kekal . Mulai hari ini ,masa ini ,saat ini ,aku tidak lagi mahu bercinta . Aku akan mulakan hidup baru dengan kawan sahaja . Lebih baik berkawan daripada bercinta zaman remaja ni kan . Bila tiba masanya ,DIA akan membuka pintu hatiku untuk seseorang yang betul-betul sesuai untuk aku . Amin :')

Tan Crown