Tuesday, October 8

White Coffee


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum geng . Tenang sungguh petang ni tanpa apa-apa bunyi yang menyakitkan telinga . Mungkin semua sebuk tidur petang sebab letih macam apa yang baru aku buat . Sedap tidur tadi tertiba ada mimpi singgah . Mimpi seseorang yang selalu ada dengan aku selama ni . Rindukan dia kot ,hahahah . Bila mimpikan dia baru aku sedar yang aku tak pernah post cerita pasal kehadiran dia dalam hidup aku . Dia ialah seorang yang sangat istimewa buat aku sekarang kerana dia selalu ada bersama dengan aku .

Aku tak boleh mention nama dia dekat sini sebab taknak sesiapa mengenali dirinya . Aku hanya boleh bagi nama samaran yang aku selalu buat . Aku gelarkan dia dalam post ,White Coffee . Sebab apa aku gelarkan dia White Coffee ,sebab dia hitam manis orangnya dan aku pula putih ,belagak tak aku ,hahahahah . So sebab itulah aku gelarkan dia sebagai White Coffee . White Coffee seorang abang kepada kawan baik aku disekolah lama aku dulu ,SMK Taman Kosas . Aku kenal White Coffee pun sebab kawan aku disekolah lama pernah ada hubungan bersamanya . Jadi ,kemana saja kawan aku pergi ,dia akan ceritakan tentang White Coffee . White Coffee juga pernah menjadi ex-student SMK Taman Kosas tetapi dia senior aku ,so aku tak berapa kenal dia . Tetapi ,kami menjadi semakin rapat selepas kami berjumpa semula dimajlis Hari Jadi kawan baru aku yang ke 16 . Pada mulanya aku nampak dia dan adiknya ,kawan aku dari jauh dan mula aku sedari bahawa dialah White Coffee yang pernah aku kenal dulu . Semenjak dari itu kami menjadi semakin rapat apabila dia mula spam account Facebook aku . Habis semua post aku dia like ,dan sejak dari situ bermulanya cerita kami . Dia mula mendapatkan ID Wechat aku dari adiknya dan mula berchatting . Hari demi hari ,kami mula menjadi teman sehinggakan perasaan sayang sudah mula timbul dalam perasaan aku .

Dia seorangnya ceria dan spoting walaupun pada awal perkenalan kami dia sangat pemalu orangnya . Nak minta nombor telephone pun mengambil masa yang lama untuk dia luahkan hasrat hatinya . Tetapi selepas dia mengenali Rosfatin Izati ,malunya mula kurang dan sekarang menjadi seorang yang baru . Dia sangat baik ,dan hormat akan keputusan apa yang aku buat walaupun dia rasa keputusan yang aku buat tu salah . Dia juga seorang yang sangat sayang dan bertanggungjawap atas keluarganya . Oleh sebab sikapnya yang sayang akan keluarganya ,aku sangat senang apabila bersamanya . Dia sering menceritakan tentang keluarganya kepada aku . Aku juga seorang yang sayang akan keluarga ,so aku faham jika seseorang menghina keluarga aku seperti mana yang dihadapi olehnya . Aku kgum dengan apa yang ada pada dirinya . Sekarang tidak ramai yang boleh kita dapat lihat ,seorang lelaki yang sangat bertanggungjawap atas adik-adik dan ibunya . Aku bangga mengenali dirinya . Kadang-kala kami bergaduh juga kerana manusia selalu buat silap . Tetapi kami selesaikan masalah kami sehingga menjadi seperti biasa semula . Walaupun kami berbeza umur ,tetapi banyak sungguh bersamaan antara aku dan dia .

Aku harap hubungan kami tak akan berakhir kerana dia salah seorang yang terpenting dalam hidup aku selain keluarga aku . Aku selalu perlukan nasihat seorang abang ,kawan dan kekasih darinya . Dia yang digelar White Coffee :')

No comments:

Tan Crown