Friday, May 17

Love Quotes


 -Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca . Aku ada bekalkan korang ayat-ayat cinta atau lebih dikenali sebagai ayat JIWANG . So selamat membaca .

  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga,derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. 

  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu.Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

  • Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.Jika tidak,kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

  • Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum,sambil berkata:aku turut bahagia untukmu.

  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

  • Jika kita mencintai seseorang,kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

  • Perasaan cinta itu dimulai dari mata,sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga.Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia,lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

  • Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat.

Dear Senior :)


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca sekalian . Harini aku happy gila sampai lupa yang aku ni tak makan dari semalam . Nak tahu sebab apa aku happy tahap dewa ni ? Haa ,meh sini akak ceritakan okey ,hahahaha . Aku harap korang tak keberatan nak baca post aku yang panjang berjela okey .

Semalam ,satu hari suntuk aku jadi kaku dan jadi patung sebab terlalu bosan duduk rumah tanpa berbuat apa-apa . Aku pun online lah aku punya Wechat dan aku terkejut . Ada satu nama yang agak familiar aku dengar dan gambar pun macam aku pernah kenal . Aku pun gatal tangan pergi click tuan punya profile . Terus terlepas phone aku dari tangan sebab terlalu terkejut . Kawan lama datang kembali . Sebenarnya dia senior aku tahun lepas then nama dia Firdaos . Orang panggil dia Os sebab lebih senang dan ringkas . Aku pun ambil phone dan tengok semula . Betul ke apa yang aku nampak tadi ? Memang betul malah dia yang 'add' aku ,jadi aku pun approved lah . Ya Allah ,betapa aku rindukan dia . Dulu dia selalu buli aku sebab aku junior dia . Kitorang mula rapat melalui Facebook dan kitorang pun dah jadi macam kawan tapi sebenarnya jumpa depan-depan pun tak bertegur sapa . Yelah ,malulah nak tegur senior ,hahahaha . Lepas dia SPM ,terus aku tak dengar khabar berita tentang dia . Terus lost contact . Lagipun kitorang cuma contact melalui Facebook je so aku pun dah jarang online . Biasalah ,Facebook ni dah makin mengarut . Tapi dengan kuasa Allah ,kitorang bertemu dekat Wechat . Ya Allah ,dengan sungguh tidak percaya ,dalam beberapa minit lepas aku approved dia terus dia chat dengan aku . Eh ,dia memang online ke ? Heheheh ,bolehlah chat dengan dia sekarang . Aku ingat nak chat dengan dia dalam beberapa minit je untuk tanya khabar tapi tak sangka sampai ke malam kami ber-chatting . Hahaha ,seronok dapat chat dengan kawan lama . Haa ,aku ada picture dia tapi sorry guys ,tak boleh tengok muka dia . Sebab muka dia terlalu handsome . Gila tak handsome ! MatSalleh Celop tu !!!

Opss ,lupa nak bagi tahu . Dia ni budak skate dan dia gilakan skate berbanding mencari AWEKSSS . So jangan berharaplah korang nak gedik-gedik dengan dia . Dia lebih sayangkan papan deck dia berbanding sayang perempuan . Tapi dia bukan GAY okey ! Dia putih tapi kurus kering . Dah macam tak ada isi dah . Tapi bila makan macam melantak ! Hahahaha ,sorry babe kutuk kau kejap . Okey ,aku dengan dia sekarang dah makin rapat . Nak tahu sebab apa ? Dia dah macam boyfriend aku sebab selalu bersama tapi kitorang masih single okey ~ Dia ni jenis yang tak banyak cakap . Dia selalu ganggu emosi aku dengan menceritakan pasal ex-boyfriend aku yang asal Melaka tu . Dia memang suka cari pasal . Bila aku tak reply chat dia ,tahu pun dia nak merajok tahap dewa . Hesy ,kau ni memang peliklah kepeng . Nasib kau senior aku ,kalau tak aku bunuh kau sebelum kau ambil SPM dulu ,hahahah . If korang nak kenal dengan dia dengan lebih lanjut ,just asking me and aku akan cerita dengan lebih terperinci . Wah ! Dah macam enjensi mencari jodoh je aku ni ,hahahahaha . Okeylah ,aku nak sambung berchatting dengan mamat ni sampai muntah . Buboiii ~

-Syukron jazilan-

Tuesday, May 14

Le Cousin II


-Bismillahirrahmanirrahim-
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua hamba-hamba ciptaan-Nya .
Sudah makankah kalian semua ? Ni mesti ada yang belum kan ? Macam mana nak makan kalau dah menghadap screan tu 24jam tanpa henti . Cuba stop and pergi jamah makanan sikit . Tak adalah masuk angin perut tu nanti . Apa pun harini  aku nak sambung kisah pasal sepupu aku yang ajak aku keluar tu . Ingat lagi ke korang ? Kalau tak ingat boleh tengok older posts aku . Cerita pasal dia tu . So inilah sambungannya . Opss ! Sebelum terlupa ! Aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki sebab dah lama tak update sebab terlalu sibuk dengan exam ni . So ampun ye ..

Okey ,ceritanya bersambung begini . Pada hari tu ,dia ajak aku untuk teman dia beli barang-barang keperluan dia dekat asrama . So korang rasa-rasa aku pergi ke ? Hahahah ,aku pergi sebab ibu dan ayah aku suruh temankan dia . Wow ,pelik sungguh perbuatan ayah aku yang sangat straight tu . Kali ni dia boleh bagi aku keluar berdua saja dengan lelaki . Hebat permainan dia ,hahahaha . Apa pun aku bersyukur sangat dengan tindakan ayah aku tu . Dalam pukul 11 kitorang janji nak jumpa dekat Sogo tapi disebabkan kegedikan aku yang mandi slow ,pakai pakaian slow and semuanya slow mengakibatkan pukul 12 tengahari aku baru sampai dekat LRT . Wow ,masa dekat dalam LRT aku tak rasa apa-apa pun tapi bila sampai je station Hang Tuah ,aku dah start menggeletar lutut . Dada aku yang ingin melompat saat tu aku tahan sebab ramai orang dalam LRT time tu . Sampai je station Bandaraya aku dah panik . Apa ayat pertama yang aku nak cakap dengan dia . Biasalah kitorang nama je cousin tapi balik je kampung langsung tak bertegur sapa . So bila nak berjumpa berdua ni buat aku malu dan segan tahap maximum . Korang nak tahu siapa yang nampak siapa dulu ? AKULAH ! Aku yang nampak dia dulu dan itu yang menyusahkan aku . Kalau dia nampak dulu bolehlah dia yang tegur aku dulu . Tapi nak buat macam mana sebab masa tu dia sibuk pandang ke arah lain . Termenung agaknya . Aku pun menahan pipi yang sudah memerah tu dan tegur dia dengan selamba . Dia pusing je belakang aku tekejut sakan sebab aku tak dapat nak tahan cara dia pandang aku dengan penuh hormat tu . Ya Allah ! Masa tu dalam hati aku ni berkocak-kocak tanpa henti . Muka yang mula memerah tu aku tak tunjukkan dekat dia . Aku hanya menundukkan kepala .

 Kami mula berjalan ke arah Sogo dan aku terdengar ayat yang keluar dari mulut dia yang membuatan aku geram dan rasa nak baling dia ,"Atin dah tembamlah" . Ayat tu betul-betul makan dalam dan tak boleh tidur malam kalau teringat ! Nasib cousin ,kalau kawan dah makan tumit dah dia tu . Aku hanya buat tak tahu dengan apa yang dia cakap . Aku perasan ada sebuah beg kotak yang besar yang di bawa oleh dia . Rupanya dia dah beli apa yang dia nak . Then kenapa dia nak ajak aku juga kalau memang dia dah beli semua tu ? Hesy dia ni ,aku betul-betul tak faham . Selepas kita orang meronda dalam bangunan Sogo tu ,kita dah setuju nak pergi makan dekat Masjid Jamek . Nak makan pun nak pergi jauh-jauk ke ? Erk ! Kami singgah dekat Macdonal yang dekat-dekat dengan station LRT Masjid Jamek . Dia belanja aku burger tapi sayang aku tak tahu apa nama dia ,hahaha . Kalau aku tahu tentu aku dah selalu order . Dalam beberapa minit lepas kami makan ,kami singgah sekejap dekat pasar pagi belakang Macd tu . Aku memang dah lama nak cari kasut heels ,so alang-alang aku beli je dekat sana . Lagipun murah semua barang dekat sana dan cantik-cantik semuanya . Aku cari heels ,tapi bila aku tengok belakang aku ,aku tak nampak dia ! Eh ,mana pula mamat ni ? Takkan dia dah tinggalkan aku dekat sini ? Hurm ,sampai hati dia tinggalkan aku tanpa bagi tahu aku . Lepas aku bayar ,aku keluar dari tapak kedai tu . Aku berjalan tak sampai 4tapak ,aku dah nampak kelibat dia . Rupanya dia ada dekat kedai sebelah . Lah ,mamat ni dia pergi belanja juga ke ? Hesy ,risau je aku . Wah ,taste dia boleh tahan . Baju T yang berkolar tu memang cantik . Ingatkan cousin skema aku ni tak pandai bergaya ,hahahah . Selepas kia orang berbelanja dekat Masjid Jamek ,kita orang pun teruskan perjalanan pergi TimeSquare . Saja jalan-jalan habiskan masa . Lepas tu terus kami balik . 

Sangat seronok hari tu . Hanya Tuhan saja yang tahu bertapa gembira dan PENATNYA HAMBA-Nya . Apa pun ,aku akan rindukan saat ini dan tak akan terpadam sampai mati :)

Tan Crown