Saturday, April 13

Merentas Desa (1)


-Bismillahirahmannirrahim-
Wow ! Letih sungguh aku harini . Harini ada sekolah ganti . Tak sangka cikgu
SMK Bandar Baru Ampang cerdik orangnya . Dorang macam dah tahu-tahu student tak akan datang hari Sabtu kalau ada sekolah ganti so dorang buat larian merentas desa harini . Memang ramailah yang datang
sebab nak rumah sukan masing-masing menang .

Walaupun aku tak lari bersama kawan-kawan yang lain ,tapi aku dapat rasa bahang keseksaan tu sebab
aku jadi photographer . Setiap moments yang berlaku aku tak akan terlepas untuk mengambil gambar .
Yang best tu aku tak berseorangan . Aku ditemani oleh dua orang guru . Memang best bila jadi photographer tapi letih dia ,hanya tuhan saja yang tahu . Aku berlari sana ,berlari sini ,panjat sana ,maklumlah  ,pendek so kenalah panjat untuk ambil moments satu sekolah . Aku ada juga ambil gambar luar sekolah . Gambar moments masa larian bermula dan gambar pemenang yang sampai ke garisan penamat .
Selepas tu rehat . Time rehat yang best . Semua student makan roti jagung and mineral water tapi aku roti canai and nescafe ais . Yang bestnya sebab cikgu yang belanja ! Nasib aku sorang ,kalau tak mau bankrap cikgu aku .

Lepas makan kami masuk sekolah semula . Aku pelik betul dengan cikgu aku sorang ni . Dia punya risau tengok aku melintas macam mak aku je . Aku tahu aku kecik tapi melintas jalan tu aku boleh buat sendiri .
Apa pun thanks cikgu sebab CARE pasal anak cikgu seorang ni .
Masuk je sekolah ,cikgu nak umumkan pemenang and rumah sukan yang banyak mata . Wow !
Memang sengit ! Tak sangka rumah sukan yang selalu kecundang akhirnya naik semula untuk menunjukkan taring ! Siap ada sikit pergaduhan antara capten rumah sukan yang lain ! Nak tahu rumah sukan apa yang menang and yang kalah ? Nak tahu siapa capten rumah sukan ? Nak tahu apa yang berlaku ? Tunggu post yang seterusnya okey :)
-Assalamualaikum-

No comments:

Tan Crown