Thursday, March 21

Sabarlah Hati :'(


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum and hello friends .
Today is Thusday ,21 March 2013 and 11:30 p.m.
Sunyi je malam ni . Rasa macam dunia tengah tidur .
Boleh-boleh pula Olla pasang lagu Talking To The Moon by Bruno Mars .
Wah ,layanlah kalau menghayati malam yang sepi ni .
Olla hari ni tak ada cerita gempak tapi hari ni Olla cuma nak share masalah Olla .
Sekarang hati Olla rasa lain sangat . Olla curiga dengan keputusan Olla . Adakah Olla betul biarkan dia bersuka-ria bersama kawan-kawannya ? Opsss .
Sorry tak bagitahu . Orang yang Olla nak cerita ni pasal siapa lagi . The once can't be replace ,
Coconut Tree .

Korang rasa Olla patut ke biarkan dia buat apa yang dia suka tanpa pengetahuan Olla ?
Pada awalnya Olla tak kisah tapi dalam waktu yang sama dia mengambil kesempatan atas kebebasan yang Olla berikan . Olla tak kongkong dia macam dulu dah tapi tu lah . Dia still terbawa-bawa perangai lama dia . Dulu Olla selalu kongkong pun dia ambil kesempatan apatah lagi Olla bagi kebebasan kan ?
Hurm ,entahlah guys .
Olla cuba berubah demi dia tapi dia macam susah je nak berubah demi Olla .
Olla cerita ni bukan pasal apa . Suatu hari tu dia ada cerita dekat Olla pasal dia hampir-hampir melakukan kesilapan lalu .
Dia cerita ...

Masa dia makan dekat sebuah kedai makan yang berdekatan dekat tempat tinggalnya ,ada satu keluarga makan di kedai yang sama . Keluarga tu duduk dekat meja yang berhampiran dengan dia . Dia pandang keluarga tu . Tiba-tiba ! Dia ternampak salah seorang anak orang yang dalam keluarga tu . Anak perempuan lerr . Dia pandang lama perempuan tu . Perempuan tu pun membalas pandangannya . Perempuan tu cantik dengan bukti kawan Coconut Tree pun terpukau tengok perempuan tu . "Tidak dinafikan lagi dia memang cantik" kata Coconut Tree kepada Olla . Olla tak buat apa-apa sebab Olla cuba untuk mempercayai dia .
Selepas perempuan itu memandang dia ,perempuan tu pun cuba buat satu pergerakan yang menunjukkan ingin number telephone Coconut Tree . Dia pun terkejut and terus keluarkan phone and buat-buat call dengan someone and keluar dari kedai . Olla tak tahu lah betul ke tak sebab ini apa yang dia cakap ,tak tahu lah dia tipu Olla ke apa ke kan . Olla dah cakap ,apa pun terjadi Olla percayakan dia . 
Selepas dia keluar dari kedai ,kawan dia terus berkata "kalau kau tak nak bagi aku" . Kata-kata kawannya itu telah membuat Coconut Tree berfikir untuk seketika antara dia mahukan perempuan itu ataupun tidak . 
Katanya dia tidak memilih perempuan itu ,KATANYA !

Pendekkan cerita ,Olla bukan suka-suka nak halang dia berhibur dengan kawan tapi cuma Olla takut dia berkawan dengan orang yang macam dalam cerita dekat atas ni . Jadi batu api . Urm ,Olla sayangkan dia so Olla tak nak kehilangan dia buat kali yang ke dua . Olla sanggup barubah demi dia .
Olla sanggup ubah apa yang Olla tak pernah fikirkan tapi kenapa dia susah sangat nak korbankan sikit kehidupan liar dia tu ? Hurm .

Puas sikit hati Olla dapat luahkan dekat online dairy Olla ni . Hope yang lain tak rasa apa yang Olla rasa ni ye . Olla doakan siapa yang sedang dilamun cinta ,moga kekal dan sampai ke jinjang pelamin .
Amin ya robbalalamin .

No comments:

Tan Crown