Friday, March 22

Maafkan Aku Kerana Tidak Sempurna



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum and good morning Saturday :)
Bermulanya cuti sekolah bulan Mac . Seminggu kan cuti ?
Urm ,tak tahu lah apa yang aku nak buat dalam seminggu ni . Parents bukan dapat cuti pun ,kawan-kawan sebuk hang and Coconut Tree ? Hurm ,sama saja . Tak ada perubahan . Aku tunggu perubahan tu muncul dalam diri dia tapi ... entahlah .

Aku rasa bukan salah dia saja dalam masalah ni . Salah aku juga sebab terlalu mengongkong hidupnya sedangkan kami beru saja dalam hubungan "couple" ,so mungkin dia rasa kurang bebas . Dengan itu ,dia buat keputusan nak jadikan hubungan ni lebih renggang . Aku bukan mengongkong tapi aku hanya nak jadi caring tapi dia anggap aku cuba untuk kongkong dia . Tujuan aku buat demikian untuk dia memandang aku saja ,bukan perempuan lain . Disebabkan kejadian yang lalu ,aku berubah menjadi perempuan yang kurang percaya dengan kata-kata lelaki . Aku tak nak sejarah berulang untuk kali yang kedua .

Aku sayangkan dia setulus hati aku tapi kenapa dia seperti endah-tak endah saja ? Adakah aku banyak kekurangan yang dia tidak gemar ? Aku tak cantik ? Ye ,memang aku tak cantik tapi itu bukan alasan untuk dia buat aku seperti tunggul . Jikalau aku tidak secantik perempuan yang lain ,aku minta maaf kerana Allah s.w.t yang memberi wajah ini untuk ku dan aku bersyukur apa yang DIA berikan kepada aku .
Semuanya akan ku ubah tetapi wajah memang tidak
boleh ku ubah kerana sudah sempurna DIA menciptaku .

No comments:

Tan Crown