Saturday, March 16

Curang


Bismillahirrahmannirrahim dan Assalamualaikum kawan-kawan .
Petang yang sunyikan hari ni . Olla mulakan cerita dengan kisah seorang lelaki yang curang dengan 15 scandalnya dalam masa 2 bulan . Olla nak memudahkan bercerita ,si kekasih perempuan tu Olla gelarkan dia sebagai gadis dan lelaki yang curang tu jantan okey then scandal-scandal lelaki tu Olla gelarkan sebagai cia boleh ? hehehe ~

Ceritanya bermula pada 3 tahun yang lalu . Gadis itu bersama jantan tu sudah hampir 2 bulan bercinta tetapi selepas 2 bulan berlalu ,hubungan tu menjadi pudar dan makin hilang perasaan jantan itu dekat gadis itu . Kesian gadis tu . Gadis tu selalu menebalkan telinganya daripada cerita-cerita yang membolehkan perempuan itu mengalah dalam hubungan bersama jantan itu .

Cerita yang selalu di dengari oleh gadis itu tentang perangai jahat jantan yang suka bertukar-tukar
perempuan seperti menukar baju . Gadis itu tabah dan sabar akan semua yang dihadapi olehnya . Dia tidak pernah percaya apa yang dikatakan oleh orang tentang kekasihnya itu walaupun dia sendiri ragu-ragu .
Jika kita sendiri di tempat gadis itu ,belum tentu kita bertahan seperti mana gadis itu lakukan . Dia tetap bersama jantan itu walaupun mereka tiada ikatan apa-apa selain kekasih .

Tetapi sabar seseorang ada hadnya . Akhirnya gadis itu berpindah dan lari apabila gadis itu mempunyai bukti yang kukuh bahawa jantan itu mempunya 15 scandal .
Selepas gadis itu berpindah ,barulah jantan tu bersungguh-sungguh mencari kekasihnya yang setia itu tetapi sayang . Jantan itu mencari gadis itu dengan sia-sia sahaja . Gadis itu sudah meninggal dunia selepas 3 hari dia berpindah kerana gadis itu di buru dan di bunuh oleh salah seorang scandal jantan itu . Scandal jantan itu memburu gadis itu kerana jantan itu tidak mahu bertanggungjawap atas kandungannya yang sudah hampir 1 bulan . Maka dengan itu dia ingin membunuh semua yang ada kena-mengena dengan jantan tersebut .
Orang lain yang salah ,orang lain yang menjadi mangsa .

Jantan itu mendapati gadis itu meninggal dan dalam beberapa hari kemudian ,jantan itu menjadi gila dan membunuh dirinya sendiri kerana lelaki itu selalu di hantui oleh bayang gadis itu dan itu membuat jantan itu menjadi tertekan dan membunuh dirinya sendiri .
Walau bagaimana sayang pun kita dekat seseorang ,janganlah kita terlalu mempercayainya dengan 100% .
Lebih-lebih lagi kaum Hawa ,janganlah sesekali menyerahkan mahkota kita kepada lelaki yang belum bergelar suami kita . Kepada gadis itu ,Olla amat kagum kerana sikap kamu yang positif terhadap pasangan kamu dan jika ada bukti barulah bertindak . Itu sikap yang bagus untuk hubungan yang kekal lama .
Hope selepas kejadian tu ,tak ada lagi jadi macam tu okey .

No comments:

Tan Crown